Skip to content

KENALI TENGKU FAHD MUA’ADZAM, ADINDA SULTAN PAHANG YANG TAMPAN & BERPERSONALITI

Kongsikan artikel ini

Mata wanita pasti terpikat dengan ketampanan adinda Sultan Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam. 

Tanggal 15 Januari mencatat sejarah istimewa untuk rakyat Pahang apabila istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam dalam era moden, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.

Ia diumumkan pada satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, Sabtu lalu. Namun yang mencuri tumpuan netizen adalah kelibat adinda baginda, Tengku Fahd Mua’adzam yang rata-rata tertarik dengan ketampanannya.

Foto: MStar

Gambar Tengku Fahd yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah menerima respon serta diulang-kicau beratus kali, memuji ketampanan Tengku Fahd apatah lagi rata-rata baru menyedari akan kewujudannya.

Oleh itu tanpa melengahkan masa, GL berkesempatan untuk menyelidiki 8 fakta menarik tentang Tengku Fahd Mua’adzam.

 

1. Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, DK merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.

Foto: Portal Diraja Pahang

 

2. Baru berusia 25 tahun, Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampan Afzan, Kuantan, Pahang.

Foto: http://celotehsaje.com

 

3. Menurut Wikipedia, baginda baru saja menamatkan pengajiannya di Universiti Princeton, US. Baginda mendapat pendidikan di Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Tengku Fahd seterusnya menyambung pelajaran ke United Kingdom. Baginda melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat. (Sumber: mstar via Newsviral)

Foto: Twitter @Kamal Kamaruzaman

Foto: Asia Tatler

 

4. Menurut sumber Asia Tatler, baginda amat mencintai alam sekitar dan sering meluangkan masa kosongnya dengan aktiviti kebajikan di Pahang. Beliau juga merupakan pengerusi kepada ‘Sultan Ahmad Shah Environment Foundation’. Ini boleh dilihat menerusi gambar di bawah ketika terlibat dalam program Saset Tanam Semula Pokok pada September lalu. Baginda juga merupakan pengasas bersama Saset Foundation.

Foto: Instagram @sasetpahang

Foto: Twitter @jedi_bera

 

5. Memetik laporan The Star pada 2015, baginda merupakan pengasas bersama Tabung Amanah Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah dengan bondanya Sultanah Kalsom dan juga merupakan pengerusi di TAT Alliance Services Sdn Bhd.

 

6. Baginda juga pernah membuat kemunculan pada KLFW2018 bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Foto: www.lofficielmalaysia.com

 

7. Yang pasti, Baginda juga aktif dalam acara-acara kebajikan. Ini boleh dilihat di laman sesawang saset.org.my/, menyaksikan Tengku Fahd sangat gembira dapat mendekati masyarakat setempat.

Foto: https://www.saset.org.my/

Foto: https://www.saset.org.my/

 

8. Baginda pernah menerima Anugerah Kepimpinan Antarabangsa dalam Pemuliharaan Hutan sempenaMajlis Konvokesyen Universiti Limkokwing (Limkokwing) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Januari 2019

 

Baca lebih lanjut: KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut