Skip to content

BRENDAN GAN – MENGEJAR GOL SETERUSNYA

Kongsikan artikel ini

Diangkat sebagai perwira lalu dinobatkan trofi pemain terbaik malam kejuaraan Piala Malaysia 2018. Brendan Gan membantu Perak merangkul juara setelah kali terakhir menjulang gelaran itu 18 tahun yang lalu. Dua kali bertarung kecederaan ACL yang bisa mengecam karier, dia bangkit mengalas tanggungjawab bagi mempertahankan posisi serta prestasi sebagai pemain tengah yang berkaliber.

Hadir bertemankan isteri, pemuda berdarah campuran Malaysia-Australia ini mendedikasikan masanya yang terhad bersama team GLAM Lelaki pada pagi hujung minggu. Aku kagum dengan sikap profesionalismenya yang memandu dari Ipoh ke Kuala Lumpur malam Sabtu. Brendan dan Elyse bermalam di hotel berdekatan yang mengambil lokasi di Kelana Jaya. Anak ketiga kepada pasangan Michael Eng Sen Gan dan isteri, Susan Louise Gan, dijemput GLAM Lelaki bagi berkongsi perit rintihnya, melangkah serta merencana karier sebagai pemain bola sepak yang berwibawa. Sekali gus, menjadi debut bagi Brendan untuk menghiasi sampul hadapan majalah fesyen dan gaya hidup. Brendan Seng Ling Gan, 31, atau lebih mesra disapa Brendan baru saja mengikat tali pernikahan pada akhir tahun lalu setelah bertunang dengan isterinya, Elyse Brooke Gan pada tahun 2016.

Namanya kian meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air. Secara tidak langsung, menjadi buah hati masyarakat tempatan dek punya keterampilan sosial yang baik lagi pandai menyesuaikan diri. Dia tidak perlu bersusah payah mencari identitinya kerana darah yang mengalir dalam diri adalah dari jalur salasilah yang sama. Ya, benar. Brendan tidak dilahirkan lantas tidak dibesarkan di tanah air. Akan tetapi, bapanya merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan dan ibunya pula dari Sydney, Australia. Bagi mengenali dirinya lebih lanjut, aku bertanyakan sedikit biografi dirinya. “Saya dilahirkan serta dibesarkan sepenuhnya di Sydney, Australia. Bapa berasal dari Seremban dan berpindah ke Australia waktu usianya sekitar 20-an bagi melanjutkan pengajian. Kemudian bertemu dengan ibu dan membuat keputusan untuk terus menetap di Sydney,” kata anak bongsu ini dari tiga adik-beradik.

SANG PERWIRA PERAK

“Tamat menekuni sekolah menengah, saya melanjutkan pengajian ke universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengurusan Acara dan Perniagaan. Malah, saya sebenarnya sedang menekuni bidang Pemasaran. Akan tetapi, ditangguhkan seketika kerana ingin fokus dengan karier terlebih dahulu,” tambahnya. Kongsikan sedikit cerita mengenai famili, celah aku kepadanya. “Hubungan kami berlima amat rapat. Saya adalah anak lelaki bongsu dan punya dua orang kakak. Ayah punya keluarga yang besar dan mereka semua berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ayah kini merupakan bekas akauntan dan ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa. Sejak dari kecil lagi sudah menjadi perencanaan kami sekeluarga untuk kembali ke tanah air. Sekurang-kurangnya setahun sekali kerana kemesraan antara ayah bersama adik-beradiknya amat erat.”

Mula bermain bola sepak untuk kelab tempatannya, Marton Hammers sebelum berpindah ke kelab Sutherland Sharks pada tahun 2000, waktu itu Brendan hanya berusia dua belas tahun. Tidak mahu mengambil masanya terlalu lama memandangkan Brendan harus pulang ke Ipoh sejurus penggambaran, aku usulkan pertanyaan bagi mengenali kronologi bola sepaknya. “Pada zaman mudanya, ayah gemar bermain bola sepak dan dia adalah orang yang gilakan sukan. Tidak hanya tertumpu pada bola sepak semata. Di Australia kita panggilnya ‘soccer’ bukan ‘football’. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi saya kerana sejak kecil lagi saya adalah kanak-kanak yang aktif. Mula bermain bola sepak di usia enam tahun, saya juga gemar berenang, bermain tenis juga mengetuai pasukan ragbi. Mungkin kerana dikurniakan genetik sukan dalam diri. Pun begitu, saya hanya mengalih sepenuh perhatian untuk membina karier dalam arena bola sepak bila memasuki year 12 di sekolah tinggi. Di mana, saya terpaksa berkorban diri untuk menyeimbangkan antara pelajaran dan bola sepak secara sepenuh masa,” terang Brendan yang ditandatangani oleh kelab Sydney FC untuk skuad Liga Pemuda Kebangsaan tahun 2008.

Untuk bacaan lanjut dapatkan isu Mac 2019 yang kini sudah berada di pasaran.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut