SEAH ZHANG YU DINOBATKAN INDIVIDU PALING GAGAH ASIA TENGGARA DI R U TOUGH ENOUGH 2019!
R U Tough Enough Southeast Asia, menobatkan salah seorang dari empat finalis Malaysia, Seah Zhang Yu, dengan gelaran Individu Paling Gagah Asia Tenggara; beliau memenangi hadiah utama bernilai US$15,000 (RM60,000)! Seah membanggakan Malaysia apabila muncul sebagai juara dari kalangan 18 finalis dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, melangkaui batasan dirinya terutama sekali ketika pertembungan akhir pusingan ‘Head-to-Head Challenge’ menentang pencabar utama lain, pegawai tentera udara, Kajohnsak dari Thailand.

Sebelum ini, Seah pernah memenangi Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) untuk kategori Flyweight tiga kali berturut-turut, sekaligus menumpaskan pesaingnya dalam pusingan pertama salah satu perlawanan MMA untuk membawa pulang tali pinggang kejohanan! Seorang yang percaya akan pentingnya minat mendalam, kerja keras dan dedikasi, Seah ternyata memiliki semua itu termasuklah kecenderungan dalam bidang kecergasan.

“Rasanya seperti sedang bermimpi dan saya tidak percaya yang saya menang! Pusingan terakhir dengan Kajohnsak memang sangat sengit. Saya fikir saya sudah gagal ketika di seksyen mengangkat tayar, kerana mengangkat bebanan bukanlah kekuatan utama apatah lagi dengan saiz badan saya yang kecil, namun saya tetap bertahan dan tidak putus asa. Di akhirnya, saya merasakan saya berjuang bukan semata untuk menang demi keluarga dan rakan-rakan, tetapi untuk negara tercinta Malaysia, dan itu telah memberikan dorongan terakhir untuk saya terus maju mencapai apa yang dianggap mustahil!” kata Seah.

“Kami bangga dengan pencapaian Seah menjuarai R U Tough Enough Southeast Asia tahun ini dan memperlihatkan bagaimana kekuatan fizikal, mental dan emosi merangkumi dan mengatasi segalanya. Ia adalah satu pertempuran yang sangat sengit mengalahkan 17 finalis lain dalam Final Showdown ini, dan Seah sememangnya layak untuk menang!” ulas Annie Chan, Pengarah Eksekutif Pengiklanan Afiliasi & Jualan, Celestial Tiger Entertainment. “Ketabahan, sikap ingin bergelar juara dan keazamannya jelas mewakili semangat R U Tough Enough – ia sangat memberikan inspirasi untuk melihat bagaimana seseorang dapat membangunkan kekuatan dalam diri dan ketahanan mental tidak kira apa yang ditempuhi sepanjang kehidupannya dan di KIX HD, kami meraikan kejayaan peribadi sebegini yang menempuhi apa saja cabaran.”

Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.











