KEEP YOUR BODY IN CHECK! INI 8 TREND KECERGASAN 2020
Tahun 2020 menyaksikan kecergasan dan kesihatan menjadi antara aspek penting dalam kehidupan seharian, dan tahun hadapan pastinya tidak terkecuali. Oleh itu, Glam Lelaki senaraikan lapan trend kecergasan yang bakal popular tahun hadapan agar anda akan terus kekal fit, sihat dan bertenaga.
1) Teknologi boleh pakai (Wearable Technology)
Utiliti atau teknologi canggih yang boleh dipakai sebagai sebahagian daripada penentu kecergasan kekal menjadi trend utama untuk tahun 2020 malah ia sudah menjadi trend menberikan sebagai hadiah untuk sesorang. Bukan saja mudah dipakai, malah penggunaannya banyak memberikan faedah seperti membaca kadar denyutan jantung, mengesan jarak, peringatan serta hasil keputusan yang tepat. Garmin, Apple, dan Fitbit adalah antara pelopor teknologi kecergasan boleh pakai ini dan dijangkakan banyak lagi produk akan muncul.
2. Latihan berat badan (Body Weight Training)
Klasik namun dijangka kekal menjadi trend utama dalam memastikan kecergasan seseorang terpelihara walaupun tanpa sebarang bantuan mahupun alatan di gim. Ia mudah untuk diajar dan belajar mengaplikasikannya, malah boleh boleh diubah mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan seseorang. Lagipun, latihan berat badan adalah cara paling berkesan untuk fit secara mudah dan percuma. Push-ups dan pull-ups mungkin biasa, namun banyak lagi latihan yang boleh dicuba seperti squats dan lunges.
3. Latihan berkumpulan (Group Training)
Latihan dalam bentuk berkumpulan menjadi trend yang dijangka semakin berkembang pada tahun 2017 nanti. Latihan berkumpulan seperti crossfit, Zumba, personal training dan lain-lain kian menjadi pilihan terutama sekali berikutan kos sara hidup yang semakin meninggi, maka ramai yang beralih untuk melatih kecergasan dalam kumpulan berskala tertentu.
4. Latihan kesejahteraan (Wellness Coacing)
Berbeza dengan latihan peribadi atau personal coaching, latihan kesejahteraan dan kesihatan lebih berat akan aspek-aspek seperti mental, emosi dan dan penetapan matlamat. Jurulatih akan memberikan sokongan serta galakan buat mereka yang ingin mencapai matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dan kesihatan mereka.
5. Promosi kesihatan di tempat kerja (Worksite Health Promotion)
Kebelakangan ini, para majikan sudah membuka mata akan pentingnya mereka mengaji pekerja-pekerja yang ceria dan sihat tubuh badan secara keseluruhan. Mengaji pekerja yang kerap jatuh sakit hanya akan memberi impak negatif dalam produktiviti sesebuah syarikat. Kini, banyak syarikat sudah mewajibkan pekerja mereka untuk menyertai kem kecergasan dan motivasi, latihan yang dijadualkan (kelas dan gim) serta pemerhatian berat badan. Malah, melakukan senaman ringan mahupun membawa peralatan gim dari rumah juga semakin digalakkan.
6. Apikasi kecergasan telefon pintar (Fitness Apps)
Berikutan zaman teknologi yang kian bergerak pantas, sama juga dengan mereka yang inginkan informasi, keputusan dan hasil yang boleh diakses di hujung jari. Aplikasi kecergasan di telefon bimbin dilihat semakin berkembang dan tahun 2017. Sama ada kita ingin mencari tip perancangan diet seimbang mahupun rutin senaman ideal, semestinya aplikasi-aplikasi banyak membantu anda untuk terus kekal sihat dan cergas. Berikut adalah senarai lima aplikasi kecergasan yang popular untuk tahun sebelum ini:
i)MyFitnessPal
ii)PEAR
iii)SworkIT
iv)ActiveX
v)DietBet
7. Latihan kekuatan (Strength Training)
Latihan mengangkat bebanan tetap menjadi trend yang menjadi pilihan. Selain kardio, latihan mengangkat bebanan menggunakan dumbbell dan lain-lain tidak semestinya akan membuat badan anda menjadi lebih besar (bulk), namun faedahnya lebih kepada membakar lebih banyak lemak, membina jisim otot, melindungi dari sakit belakang serta meningkatkan metabolisme seseorang.
8. Jurulatih Kecergasan
Berdasarkan laporan dari Jabatan Statistik Buruh US menjangkakan kerjaya jurulatih peribadi meningkat sebanyak 8% di antara 2014 hinggalah 2024 di seluruh dunia. Bukan sahaja terdapat pertumbuhan dalam program-program kolej dan universiti, malah terdapat lebih daripada 250 organisasi pensijilan pihak ketiga komited untuk mengajar pelatih untuk menjadi jurulatih yang bertauliah, berpengalaman dan berpendidikan. Namun anda harus ingat, pastikan anda memilih jurulatih peribadi dengan pensijilan (certificatied) yang sah dan mengikut syarat ditetapkan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.