SEGAN KE GIM? TINGKATKAN KEYAKINAN DENGAN 5 LANGKAH INI
Gim merupakan salah satu tempat pilihan buat individu yang baru hendak berjinak-jinak bersenam dan memulakan aktiviti kecergasan mereka. Namun dek masih belum memiliki tubuh badan idaman atau tidak memiliki kepakaran menggunakan alatan gim, kebanyakan mereka mudah merasa segan dan malu untuk ke gim. Maklumlah, gim dipenuhi dengan pelbagai jenis pengunjung. Ini secara tidak langsung menyebabkan tahap keyakinan diri anda berkurangan dan seterusnya membuatkan anda kurang selesa di sana. Oleh itu ikuti tip yang GL sediakan ini.
1. LAWAT DAN PILIH
Tip pertama yang boleh anda lakukan adalah melakukan recce terlebih dahulu. Lawati dan jenguk dahulu pusat senaman yang memberi keselesaan maksimum dari segi peralatan disediakan, ruang senaman, kemudahan dan lokasi pusat senaman tersebut. Periksa juga yuran yang dikenakan agar ia bersesuaian dengan bajet yang telah anda sediakan. Sekiranya ia dilihat sesuai dengan ‘selera’ anda, teruskan namun jika anda masih merasa ragu, tidak salah untuk anda pilih yang lain.
2. JANGAN BERSEORANGAN
Sekiranya pada awalnya anda merasa segan mahupun malu, kunjungilah gimnasium bersama rakan atau keluarga. Elakkan bersenam berseorangan sekiranya tidak yakin dengan rutin mahupun peralatan yang disediakan. Yang pasti, sokongan sosial adalah penting dalam kehidupan seseorang individu termasuk dalam konteks bersenam. Dengan adanya mereka, anda akan lebih bermotivasi dan lama-kelamaan rasa segan dan malu itu akan hilang dengan sendirinya.
3. UPAH JURULATIH PERIBADI
Bagi anda yang masih baru dalam memulakan rutin senaman, ilmu pengetahuan yang betul mempengaruhi kelangsungan amalan senaman tersebut. Dengan adanya jurulatih peribadi, anda akan mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya serta khidmat nasihat mengenai pemakanan dan diet yang berkesan juga. Malah, anda tidak akan berasa segan, ini kerana jika anda dapat lihat di dalam gim nanti ramai yang menggunakan khidmat jurulatih peribadi. Namun ingat, pastikan jurulatih peribadi itu betul-betul bertauliah dan diiktiraf ya.
4. PEMILIHAN WAKTU
Kebanyakan gim akan dikunjungi pengunjung terutama sekali selepas waktu bekerja. Buat anda yang masih malu dan segan, elakkan mengujungi gim di waktu tersebut. Jika anda memilih waktu yang tidak sibuk maka anda mempunyai lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan jurulatih serta menggunakan lebih banyak alatan di sana.
5. JANGAN MALU BERINTERAKSI
Interaksi amat penting sewaktu di gim sekiranya anda masih baru dalam bidang kecergasan. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Oleh itu, jangan berat mulut untuk bertanya kepada pengunjung lain atau pekerja-pekerja di gim tersebut untuk apa saja bantuan. Percayalah, mereka tidak akan menghakimi anda.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.
Menerusi Watches and Wonders 2026, Zenith memperkukuhkan barisan Chronomaster Sport juga menambah dua model G.F.J. baharu.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LINE-UP IS OUT! INI BARISAN PENYANYI YANG BAKAL BERADA DI ASIA TOP MUSIC FESTIVAL 2026
Pada hujung bulan Mei, Malaysia bakal dihangatkan dengan kehadiran bintang Asia dia Asia Top Music Festival 2026, di Sepang.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
LONGCHAMP X PATRICK JOUIN: EKSPLORASI BAHARU SENI REKA DAN KRAF KULIT DI MILAN DESIGN WEEK 2026
Longchamp menghiasi Milan Design Week 2026 dengan koleksi perabot yang direka bersama Patrick Jouin, seorang pereka terkenal.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











