Skip to content

TRAGIS! KOBE BRYANT MAUT BERSAMA ANAK PEREMPUAN DALAM NAHAS HELIKOPTER

Kongsikan artikel ini

Pemain lagenda bola keranjang Amerika Syarikat dan bekas bintang NBA All-Star, Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter pada usia 41 tahun pagi Ahad. Ketua Sheriff Los Angeles, Alex Villanueva berkata, kesemua lapan penumpang serta juruterbang maut.

Ketika kejadian, helikopter dinaiki Bryant bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California sehingga mengorbankan kesemua penumpang, termasuklah anak perempuannya, Gianna Bryant atau lebih mesra dipanggil Gigi, berumur 13 tahun. Kedua-duanya maut bersama enam yang lain dalam perjalanan menghadiri sesi latihan bola keranjang Gianna di Mamba Academy.

Gigi yang dijangka bakal menjadi pemain bola keranjang mewarisi kehebatan ayahnya.

Turut maut adalah jurulatih besbol kelab Orange Coast College (OCC), John Altobelli, 56, bersama anak perempuan, Alyssa Altobelli dan isterinya Keri Altobelli. Gianna dan Alyssa dijadualkan terbabit dengan satu sesi latihan untuk pertandingan tidak lama lagi. Khabarnya, helikopter yang dinaiki itu mengalami masalah sebelum terhempas.

John Altobelli bersama anak perempuan, Alyssa Altobelli dan isterinya Keri Altobelli.

Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian mengejutkan Bryant menerusi media sosial, termasuklah LeBron James dan Tiger Woods.

Hantaran Twitter terakhir Kobe Bryant mengucapkan tahniah kepada LeBron sebelum kemalangan.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut