IDENTITI BARU BURBERRY MUSIM BUNGA/PANAS 2020
Sejak pemilihannya selaku Ketua Pegawai Kreatif untuk Burberry pada Mac 2018, pereka Riccardo Tisci sudah merancang imej baru untuk jenama British itu. “Sejak beberapa musim kebelakangan ini lagi, saya telah berusaha untuk mendefinisikan identiti dan bahasa visual yang baru untuk rumah fesyen ini,” kongsi Riccardo Tisci. “Jadi kempen musim ini terasa bagaikan satu permulaan baru, dan saya mahu raikan kumpulan lelaki dan wanita yang mewakili Burberry – ada di antara mereka yang sudah lama menjadi sebahagian kerjaya saya, dan ada juga yang baru mengorak langkah dalam perjalanan Burberry mereka bersama saya. Secara berkumpulan, mereka berjaya menangkap sofistikasi dan attitude yang menjiwai rumah fesyen ini pada hari ini.”
Untuk merealisasikan visinya, Riccardo merekrut pasangan jurufoto fesyen dari Belanda yang cukup disegani, Inez dan Vinoodh, sebagai rakan kolaborasi kempen ini. Interpretasi Inez dan Vinoodh menghasilkan satu siri imej dan video yang bersih dan sofistikated, yang memadankan kod-kod klasik dan esentrik Burberry pada latar belakang rona beige signatur jenama.
Wajah-wajah kempen merangkumi model-model tangga teratas seperti adik-beradik Bella dan Gigi Hadid, Kendal Jenner, Freja Beha Erichsen, dirakam bersama Benji Arvay, He Cong, Nozomu Ito, Reece Nelson, Tosin Olajire, Rianne van Rompaey dan Mona Tougaard.
“Saya rasakan bagai satu berkat dapat bekerja dengan Burberry,” akui model Reece Nelson. “There is always so much love and kindness dan Riccardo sering membuat saya tersenyum lebar, dia sememangnya seseorang yang wajar dihormati. Burberry punya peranan besar dalam fesyen hari ini. Bukan saja kerana rekaan original seperti kot trench yang semua sudah sedia maklum, tapi juga untuk look yang lebih sporty, with a remastered touch. Sebagai atlet, saya cukup gemar sportswear dan amat menakjubkan melihat bagaimana sportswear kini boleh diadaptasikan ke dalam gaya harian masa kini.”
“Bagi saya, Burberry means light, the creative journey, freedom and passion,” luah model Benji Arwvay pula. “Burberry mewakili keinginan kreatif yang didorongi passion and progress. Burberry is us.”
Kempen ini menyerlahkan item-item kunci koleksi Burberry Musim Bunga/Panas 2020 untuk lelaki mahupun wanita, khususnya pada tailoring, evening wear dan semestinya ikon jenama, kot trench. Tak lupa juga beg-beg signatur seperti The TB Bag dan Lola yang diilhamkan daripada pengasas rumah fesyen ini sendiri, Thomas Burberry.
kredit gambar: Burberry Spring/Summer 2020 Campaign © Ihsan Burberry / Inez and Vinoodh
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI
Tampil bersinar di malam tahun baru atau gayakan rekaan hangat untuk pesta akhir tahun nanti. Juga tampil selesa sewaktu cuaca tidak menentu ini. Cadangan serta pilihan koleksi khas musim percutian menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk menyempurnakan outfit anda.
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?
Gigi Hadid hadir ke acara itu dalam persalinan kuning Miu Miu yang diinspirasikan daripada sut Wolverine, watak lakonan Hugh Jackman.
KENDALL JENNER DAN BAD BUNNY BINTANG DALAM KEMPEN BAHARU GUCCI VALIGERIA
Kempen terbaru Gucci menampilkan pasangan kekasih Kendall Jenner dan Bad Bunny. Ia dirakam di lapangan terbang dengan konsep jet set glamour era 90-an.
SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA
Gangguan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud dan Sinead O'Connor turut dikaitkan dengan masalah ini.
BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR
Selepas tular gosip percintaan Bad Bunny dan Kendall Jenner dua minggu lalu, aksi mesra mereka akhirnya berjaya dirakam paparazi.
BAD BUNNY & KENDALL JENNER DILAPOR BERCINTA, PEMINAT LUAH RASA KECEWA
Penyanyi rap Puerto Rico, Bad Bunny dan model, Kendall Jenner menggemparkan internet apabila dilaporkan menjalin hubungan cinta.