Skip to content

SELEPAS 3 DEKAD, DATUK RIZALMAN UMUM BERSARA

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak mengenali pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman. Berjaya menempa nama dan populariti dalam bidang fesyen serta menjadi pereka pilihan selebriti, semalam beliau mengumumkan akan bersara daripada bidang tersebut. Berusia 49 tahun, keputusan mengejutkan itu diumumkan pada malam atur cara Kesuma Jiwa yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.

https://www.instagram.com/p/B8yXgfEJPZ-/

Dalam nada sebak, beliau menjelaskan,“Saya meminta keizinan daripada anda semua untuk mengundurkan diri daripada dunia fesyen. Saya ingin bersara mulai malam ini. Ini merupakan pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Saya minta maaf tapi perjalanan saya sebagai pereka fesyen berakhir pada malam ini.”

Menurut sumber, jenama fesyen miliknya itu akan diteruskan oleh pembantu, Faizul Surani, yang dipercayai berkemampuan untuk menggalas tanggungjawab itu. Malah menurut Rizalman lagi, selain mahu memberi peluang kepada generasi baharu mengambil alih kedudukannya, beliau turut berhasrat untuk meneroka bakat seni lain yang ada dalam dirinya, selain mendekatkan diri dengan Tuhan.

Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang mendapat sambutan luar biasa itu turut disaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut dihidangkan dengan nyanyian rangkaian lagu dari Dayang Nurfaizah, penonton juga berpeluang menyaksikan koleksi terakhir Rizalman sebagai pereka fesyen kerjasama dengan Zalora.

Datuk Rizalman pernah menghiasi sampul depan majalah GLAM Lelaki edisi Jun 2015.

Walau apa pun keputusan yang diambil Datuk Rizalman, all the best from us here in GLAM Lelaki!

Jom kita recap sedikit fakta menarik tentang Datuk Rizalman:

  1. Lahir di Georgetown, Pulau Pinang pada 28 Oktober 1971.
  2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Seni Lukis dan Reka (Fesyen) UiTM Shah Alam.
  3. Anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
  4. Pada tahun 1995, memulakan rangkaian koleksi fesyen sendiri dengan jenama RIZALMAN.
  5. Kini memiliki rangkaian perniagaan seperti GLAM Casa, GLAM Reka & The RI Maison by Rizalman.
  6. Lahir dari keluarga berdarah seni. Ibunya seorang tukang jahit, dan bapanya pula jurufoto fesyen.
  7. Wan Zaleha Radzi adalah pelanggan pertamanya dari kalangan selebriti.

Foto: Instagram @rizalman71

 

 

 

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syed Abdullah Syed Abdul Rahman

KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut
augustin eng

AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut
"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut
Nik Rifa'ie

NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR

Bacaan Lanjut

LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU

Bacaan Lanjut