BEBAS CARA DE FAM
Februari lalu, dunia dikejutkan dengan kemunculan semula The Pussycat Dolls yang hadir dengan persembahan, single dan muzik video baru. Bulan ini, Spice Girls pula akan mengeluarkan semula album Spiceworld dalam versi vinil. Tak lupa juga bisikan khabar angin yang mengatakan kumpulan Girls’ Generation bakal membuat comeback tahun ini. Sama ada kebetulan atau tidak, peminat-peminat muzik tergerak untuk bertanya: Are girl groups having a moment again?
Mungkin. Yang pasti, di persada seni lokal, De Fam is having their moment. Setelah dua tahun menyepi tanpa lagu baru, kumpulan vokal wanita ini kembali menghangatkan corong radio dengan single terbaru mereka, Panas yang telah pun diperdengarkan kepada umum sejak September 2019. Masih setia dengan mesej memperkasakan wanita sebagaimana yang disampaikan terlebih dahulu dalam single pertama mereka #Supergirls, Panas menampakkan sisi De Fam yang kini semakin matang mengemudi perjalanan seni mereka.
“Bila orang dengar lirik lagu Panas — ‘Tangan bebas…badan aku bebas…’ — mungkin akan ada yang memikirkan perkara yang tak senonoh,” kata Azira Shafinaz. “Tapi Panas sebenarnya menyentuh hal kebebasan. Individual freedom. Mengambil contoh De Fam sendiri, setelah menggagahi pelbagai jatuh bangun dalam empat tahun ni, inilah masanya untuk kami kecapi kebebasan untuk bergerak dan lakukan apa yang kami nak buat.”
Cik Manggis menyambung, “Kadangkala dalam kehidupan ni, dengan komitmen yang kian menggunung, kita terasa stuck. Jadi Panas adalah satu pesanan untuk let go, to set yourself free. Bebas.”

“Malah, asalnya kami ingat nak letakkan tajuk lagu ni sebagai Freedom,” tambah Azira lagi, “tapi macam tak kena.”
“It’s also about us three girls dari zaman awal masuk industri seni dulu dan kini sudah membesar and now we are more grown, more ‘woman’,” jelas Sophia Liana pula. “Rap yang saya tulis untuk lagu ini pun adalah satu dedikasi kepada saya, Azira dan Manggis. Satu cara untuk menggambarkan kami kini lebih kuat dan lebih matang tapi pada masa yang sama lebih relaks, lebih chilled. ‘Semakin panas panas’ tu, boleh dikatakan kami ‘hotter than hot’-lah berbanding kami yang dulu, haha.”
Secara rasminya, langkah pertama De Fam muncul sebagai kumpulan vokal wanita yang baru bermula pada pertengahan tahun 2015 dengan lagu #Supergirls. Dan mungkin ramai yang sudah sedia maklum bahawa sebelum De Fam lagi, Sophia, Azira dan Manggis sebenarnya memulakan kerjaya mereka sebagai penari, bukan penyanyi. Namun di manakah titik pertemuan mereka sebelum itu? Apakah permulaan Sophia, Azira dan Manggis?
TEKS ASAL: ABDUL AZIZ DRAIM
Untuk bacaan penuh, dapatkan GLAM Lelaki edisi Mac 2020 yang kini sudah berada di pasaran.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Nik Rifaie dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Muaz Zabir dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Zairi Aziz dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Evertts Gomes dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL
Istimewa untuk GLAM Lelaki, barisan pelakon Dorm 403 disatukan semula untuk berkongsi cerita, kenangan dan jangkaan terhadap apa yang bakal hadir selepas ini. Bersama Gbril dan barisan pelakon Dorm 403, menyingkap sisi mereka yang lebih peribadi dan jujur.











