COVID-19: ELAKKAN GIMNASIUM BUAT SEMENTARA WAKTU!
Berita kurang baik buat penggemar dan pengunjung gimnasium! Berikutan wabak Covid-19, anda semua digesa supaya lebih berwaspada ketika bersenam kerana gim telah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi untuk penularan wabak tersebut. Dan lebih baik untuk elakkan ke mana-mana gim buat sementara waktu.

Ini hasil kajian oleh Dr Norman Swan yang menyatakan bahawa gimnasium adalah tempat terbaik untuk virus itu tersebar kerana terdapat banyak peluh di sana. “Kelembapan adalah perkara yang tidak baik untuk menyebarkan kuman”, jelas beliau lagi. Dr Norman Swan yang juga wartawan mempunyai kelulusan dalam perubatan, dan telah menamatkan pengajian di University of Aberdeen, Scotland.

Dr Norman Swan
“Anda mungkin boleh dijangkiti dengan mudah, sekiranya ada penghidap Covid-19 ini datang dan menggunakan peralatan di gimnasium,” katanya kepada media, ABC.
Saranan Dr Norman Swan lagi, orang ramai perlu memastikan mereka menggunakan cecair pembasmi kuman semasa bersenam. Mereka yang mempunyai simptom, termasuk batuk serta bersin, harus menghindari daripada berada di gim sehinggalah mereka benar-benar sihat. Walau bagaimanapun, Dr David Thomas, yang juga merupakan seorang profesor perubatan menegaskan rumah ibadat sebenarnya lebih berisiko daripada gim.
Sumber: Daily Mail
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?











