Skip to content

Solusi Mujarab Untuk Kaki Berbau

SOLUSI MUJARAB UNTUK KAKI BERBAU

Kongsikan artikel ini

Muka kacak tapi kaki berbau busuk! Mulalah, wajah gelisah terserlah kelihatan. Makin lama makin busuk, tetapi jangan risau ada jalan penyelesaian untuk merawat masalah ini.

Photo by Darius Bashar on Unsplash

 

Penyebab utama kenapa kaki mula berbau adalah disebabkan bakteria mula berkumpul ketika kaki berpeluh dan kasut dalam keadaan lembap.

 

6 langkah mengatasi masalah kaki berbau :

 

Kebersihan kaki perlu dijaga dengan rapi

Untuk menjaga kesegaran kaki adalah dengan mencuci kaki setiap hari. Sekali-sekala, gosoklah kaki anda dengan Callus Remover agar tapak kaki lebih lembut dan sapu losyen kaki sebelum tidur.

Kering kaki selepas mandi

Jangan sekali menyarung stoking jika kaki masih belum betul-betul kering. Jika ia berada dalam keadaan yang lembap, kondusi kaki akan lebih teruk.

Tukar jenis stoking

Stoking kapas akan memberikan kusyen yang baik terutama jika anda perlu memakainya untuk sepanjang hari.  Tetapi, ia juga memberi kelembapan yang tidak diingini. Lebih baik, pilih jenis sintetik atau wool.

Guna Sol Kasut serap peluh

 

Cuba masukkan sol ke dalam kasut kerana ia akan menyerap peluh anda dengan lebih aktif.

 

Aktif guna bedak kasut

Langkah yang lain adalah meletakkan bedak kasut untuk serap kelembapan pada kaki. Jika anda memakai kasut sepanjang hari maka taburkan bedak ini lebih pada kaki sebelum menyarung kasut atau tabur sedikit pada stoking anda untuk jaminan berganda. Ingat hanya lakukan ketika kaki kering.

Bawa ekstra stoking ke mana-mana

Jangan malas! Sentiasalah rajin membawa ekstra stoking dalam beg anda biar kaki sentiasa fresh.

 

Kerap menukar kasut

Terlalu kerap memakai kasut yang sama setiap hari juga mengundang bau tidak senang. Apa kata tukar rutin ini dengan jangan pakai kasut sama dalam masa dua hari berturut-turut. Biarkan ada ruang dan kering.

 

Artikel berkaitan 8 TIP TERBAIK HINDARI BAU BADAN BUAT LELAKI

 

 

 

 

 

 

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut
KOLABORASI EPIK 2023: TIFFANY & CO. DAN NIKE

NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK

Bacaan Lanjut
THE EOS SERIES, SNIKER STYLISH TAWARAN PEDRO

THE EOS SERIES, SNIKER STYLISH TAWARAN PEDRO

Bacaan Lanjut

TAMPIL BERANI & UNIK, NEW BALANCE SERLAH STAIL TAHUN BARU

Bacaan Lanjut
PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

Bacaan Lanjut
BEST & NEW MEN’S TRAINERS THIS MONTH

BEST & NEW MEN’S TRAINERS THIS MONTH

Bacaan Lanjut