HADIAH JAM TANGAN BUAT DIRI SENDIRI
Saya masih ingat lagi, ketika mendapat keputusan masuk universiti, bapa berikan hadiah jam tangan. Katanya, jam tangan ini boleh dijadikan satu hadiah kenang-kenangan untuk momen bertuah. Saya juga melihat bapa kumpul jam untuk menandakan detik penting dalam hidupnya. Jam tangan bukan sahaja sebagai penanda masa. Sekarang ini simbol jam tangan sudah makin luas. Ada seperti bapa, yang mahu menjadi makna momen kejayaan. Ada juga yang meletakkan jam tangan ini sebagai aras status sosial mereka. Ia juga boleh dijadikan hadiah pada diri untuk mencabar diri sendiri menjadi lebih baik dari masa lepas. Kini, GLAM Lelaki mahu berkongsi jam tangan ini sebagai hadiah peribadi.
BIG BANG UNICO BERLUTI COLD BROWN

BIG BANG UNICO BERLUTI COLD BROWN

BIG BANG UNICO BERLUTI COLD BROWN
Kini masuk empat tahun Berluti berkolaborasi dengan Hublot. Kali ini Kris Van Assche selaku Pengarah Kreatif Berluti mahu memberikan jam tangan yang selari dengan DNA jenama itu. Maka dia pilih material kulit Patina yang digunakannya juga untuk penghasilan kasut Berluti. Ia mencipta seutas jam tangan yang merai seni tradisi bersama sistem inovasi Hublot.
ROYAL OAK DOUBLE BALANCE WHEEL OPENWORKED

ROYAL OAK DOUBLE BALANCE WHEEL OPENWORKED

ROYAL OAK DOUBLE BALANCE WHEEL OPENWORKED
Ini adalah pertama kali Royal Oak Double Balance Wheel Openworked di Audemars Piguet hadir dalam rekaan seramik hitam. Juga menariknya, jam tangan ini direka dengan dail terbuka beserta mekanism pink gold-toned double balance wheel. Ia adalah seni Audemars Piguet yang sudah dipatenkan sejak 2016.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.











