JAEHYUN (GOLDEN CHILD) DISAHKAN POSITIF COVID-19
Berita kurang baik! Selepas Chunghua dan tiga ahli kumpulan UP10TION disahkan positif Covid-19 kira-kira dua minggu lalu, kini giliran Jaehyun dari kumpulan Golden Child pula dijangkiti virus tersebut.
Menurut pihak pengurusan Woollim Entertainment, dia tidak mempunyai sebarang simptom namun perlu menjalani kuarantin mengikut protokol.
“Jaehyun disahkan positif pada pagi Khamis. Selain penggambaran, dia tidak menyertai apa-apa aktiviti luaran lain. Kontak rapat Jaehyun juga sudah diminta untuk menjalani ujian saringan.
“Semua kawasan yang dikunjungi Jaehyun telah disinfeksi termasuklah kawasan penempatan dan pejabat pengurusan. Ahli kumpulan lain juga diwajibkan menjalani ujian calitan dan perlu kuarantin diri mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Kami harap peminat tidak terlalu bimbang. Kami akan melakukan yang terbaik untuk kumpulan Golden Child,” katanya.
Pautan berkaitan: FORBES: YANG KAYA DAN BERJAYA TAHUN 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











