Skip to content

COLIN JOST DIPAKSA BERJENAKA MENGENAI KONTROVERSI ISTERI, SCARLETT JOHANSSON

Kongsikan artikel ini

Pelawak Colin Jost terkedu apabila dia dijerat untuk berjenaka mengenai isterinya sendiri, Scarlett Johansson dalam rancangan Saturday Night Live.

Dalam episod tersebut, dia dan pengacara bersama Weekend Update, Michael Che perlu membuat jenaka mengenai diri mereka. “Saya perlu membuat skrip jenaka untuk dibaca secara langsung oleh Colin, begitu juga sebaliknya,” kata Michael yang menjelaskan ini merupakan tradisi Hari Natal mereka.

Untuk pusingan terakhir, Michael menjerat Colin untuk berjenaka mengenai isterinya. “Diumumkan bahawa penyanyi Creed, Scott Stapp akan melakonkan watak Frank Sinatra dalam filem terbaru, dan berita baiknya, Sammy Davis Jr. akan dimainkan oleh Scarlett Johansson,” sebut Colin sambil menggelengkan kepala dan menahan tawa sebelum menutup wajahnya dengan tapak tangan.

 

 

Selebriti itu pernah terlibat dengan beberapa kontroversi uji bakat selama beberapa tahun. Peminat melakukan protes untuk peranannya dalam filem Ghost In The Shell, disebabkan filem itu diadaptasi daripada siri manga Jepun. Dia kemudiannya menarik diri dari filem Rub & Tug berikutan kecaman yang diterima kerana melakukan uji bakat untuk lelaki transgender.

Colin dan Scarlett mendirikan rumah tangga pada Oktober lalu selepas tiga tahun menjalin cinta. Sebelum ini, Scarlett pernah bergelar isteri kepada Ryan Reynolds dan Romain Dauriac.

 

Foto: Axelle/Bauer-Griffin/Mega

 

Pautan berkaitan: TURUN BERAT BADAN SECARA DRASTIK, GEORGE CLOONEY DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut