SINAR SELAWAT, HADIAH FATTAH AMIN BUAT PUTERI SULUNG
September lalu, Fattah Amin muncul dengan single bertajuk Kiriman Agung yang didedikasikan khas buat anaknya yang bakal lahir. Ia merupakan percubaan pertama Fattah menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan.
Kini setelah bergelar bapa, dia hadir pula dengan lagu terbaru, Sinar Selawat sebagai simbolik penghargaan di atas kurniaan puteri sulungnya. Menurut Fattah, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu merupakan anugerah kiriman Tuhan yang terindah buat dirinya dan isteri, Nur Fazura.
Sama seperti lagu pertama, Sinar Selawat juga merupakan hasil kerjasama antara komposer terkenal Hafiz Hamidun serta lirik ditulis bersama oleh Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya. Bagi Fattah, setiap baris lirik menyimpan makna yang tersendiri.
“Sinar Selawat menterjemahkan rasa bersyukur saya kepada Allah kerana mengurniakan zuriat buat saya dan isteri. Rasa ini sangat indah, kelahiran Nur Fatima Aisya amat bermakna buat kami dan lebih manis bila diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Foto: Instagram
Fattah mengakui, projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu begitu dekat dengan hatinya. Sepanjang proses rakaman berlangsung, hatinya begitu tersentuh dengan bait indah lirik yang digarap kemas oleh Ahmad Fedtri.
“Sebagai penulis lirik berpengalaman, nukilan Ahmad Fedtri kena dengan perasaan saya. Malah, liriknya berjaya menyelami segala yang terpendam di sudut hati saya ketika menempuh pengalaman baru sebagai seorang bapa. Setiap bait lirik mempunyai makna tersendiri dan menjadi lebih indah dengan puji-pujian kepada Allah SWT serta selawat sebagai simbolik rasa syukur meraikan kehadiran zuriat pertama dalam hidup saya,” katanya.
Foto: Filepic
Pautan berkaitan: COLIN JOST DIPAKSA BERJENAKA MENGENAI KONTROVERSI ISTERI, SCARLETT JOHANSSON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023
Louis Vuitton hadirkan koleksi baharu Taigarama. Kali ini membawa nafas olahraga yang kencang serta dituangkan ke dalam koleksi musim panas.
BARISAN ARTIS KOREA YANG MENYUMBANG KEPADA MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE & SYRIA
Gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria telah menarik perhatian seluruh dunia termasuk dari kalangan selebriti nan dermawan.
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.