ANJUR PESTA SEWAKTU COVID-19, NEYMAR DIKECAM
Brazil merupakan antara negara yang mencatat kes Covid-19 tertinggi, jadi tidak hairanlah jika tindakan bintang Paris Saint Germain (PSG) ini mengabaikan larangan kawalan mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Berita mengenai pesta tertutup ini yang dianjurkan selama lima hari berturut-turut bermula Hari Natal lalu mendapat perhatian ramai pihak setelah dibongkar oleh sebuah akhbar tempatan, O Globo. Namun tiada bukti rakaman didedahkan memandangkan kesemua tetamu dilarang membawa telefon bimbit mahupun kamera.
Khabarnya dia menjemput kira-kira 500 tetamu ke rumah agam miliknya di Mangaratiba, Rio de Janeiro tetapi penganjur memaklumkan, hanya 150 orang dijemput dan ia mematuhi protokal serta peraturan kesihatan yang tegas untuk mengelakkan pernularan virus.
“Majlis ini berlangsung mengikut semua norma kebersihan yang ditentukan oleh badan-badan awam,” jelas agensi Fabrica dalam satu kenyataan. Tambahnya, ia merupakan acara peribadi dan telah mendapat kebenaran dariada pihak yang terlibat.
Ramai yang mengutuk tindakan tersebut, di mana salah seorang menyifatkannya sebagai biadab. “Menganjurkan pesta seperti itu adalah…penghinaan yang paling menjijikkan, penghinaan terhadap 190,000 keluarga yang sedang berduka, ibarat menari muzik di atas kubur mangsa, juga ibarat mempersenda profesional kesihatan yang bekerja dalam keadaan berbahaya untuk mengawal Covid- 19,” jelasnya.
Menurut statistik kementerian kesihatan, Brazil mencatatkan hampir 7.5 juta kes Covid-19 (ketiga tertinggi di dunia) dan 191.139 kematian (kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat).
Foto: PSGTalk.com
Pautan berkaitan: PADUAN GAYA NEYMAR JR. DENGAN SUEDE PUMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.











