Skip to content

PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19

Kongsikan artikel ini

Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar memuat naik satu hantaran di Instagram dua hari lalu mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Dalam entri tersebut, dia memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. “Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama. Hari ini saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

 

 

Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Dia juga meminta semua kontak rapat dengannya sejak dua minggu lalu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik berdekatan.

Beberapa hari sebelum ketibaan tahun baru, bekas Hero Remaja 2017 ini dilihat memuat naik foto-foto di Langkawi dengan tanda pagar #LangkawiFromHome juga kapsyen ‘Happy New Year’, kemungkinan turut menyambut tahun baru di sana.

 

 

Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut disahkan positif menerusi ujian saringan pertama. “Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.”

Dalam hantaran terbaru di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu meminta mereka yang sedang menerima dugaan sepertinya agar lebih tenang dan sabar. “Ingatlah, Allah duga tandanya Allah sayang. Jadi kenapa nak sedih? Bersabar, dan kita percaya pada Allah.”

Semoga cepat sembuh!

 

Foto: Xtra.com.my

 

Pautan berkaitan: ALIF SATAR POSITIF COVID-19 PADA 22 NOVEMBER

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut