SUMBANGAN KELUARGA TOD’S DELLA VALLE UNTUK BANTUAN COVID-19
Sokongan dan sumbangan Keluarga Tod’s Della Valle dalam membantu keluarga yang menderita dek Covid-19 kini berjaya mencecah 11.5 juta Euro.
Keluarga Tod’s bangga mengumumkan bahagian pertama dana “Semper con Voi” telah diedarkan kepada 60 keluarga pertama yang terdiri daripada doktor dan pegawai kesihatan yang kehilangan nyawa dalam memerangi Covid-19.
Berkat sumbangan keluarga Della Valle dan atas kemurahan hati ramai orang yang turut memberi sumbangan, dari syarikat besar hinggalah sumbangan daripada individu, dana “Semper con Voi” telah mengumpul lebih dari 11.5 juta Euro yang akan diperuntukkan untuk 260 keluarga. Dan yang berjaya dikumpulkan ini adalah tanda kasih sayang dan terima kasih kepada mereka yang tidak teragak-agak mengorbankan nyawa mereka sendiri untuk memerangi penyebaran virus Covid-19 daripada terus berleluasa.
Proses pengedaran bermula pada bulan September lalu, dan pengelolaannya diserahkan kepada Dipartimento della Protezione Civile, yang telah menjalankan operasi ini dengan penuh ketelusan dan pantas. Jumlah yang dikumpulkan akan dibahagikan sepenuhnya mengikut kriteria yang mengambil kira jumlah keluarga, memberi keutamaan kepada keluarga yang lebih besar dan mereka yang masih membela orang tua atau orang kurang upaya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan dana “Semper con Voi” yang telah menunjukkan kemurahan hati dan solidariti mereka untuk membantu mengatasi saat sukar ini”, kata Diego Della Valle.
Pautan berkaitan: IDEA BINGKISAN IDEAL TOD’S
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN
Ton warna yang lembut seperti pastel dan soft neutrals dalam koleksi kapsul TOD'S· X boleh memberikan kesan yang menenangkan nan elegan. Warna-warna ini sangat ideal untuk digayakan kala acara akhir tahun. Kombinasi warna ini nyata versatil sesuai buat mereka yang suka terlihat tanpa berlebihan.
TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK
Infusi peribadi dinamis tersemat pada dua sepatu ikonik Tod’s-Gommino dan W.G hasil kolaborasi bersama Palm Angels for Moncler Genius.
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA
Peminat nampaknya terpaksa menunggu lebih lama untuk menonton persembahan pentas Drake yang seterusnya.
“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN
Dr. Say Shaharuddin berkongsi tip dan trik bagaimana Apple Watch menjadi teman sempurna sepanjang bulan Ramadhan!
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID
Jungkook kongsi berita tentang kesihatannya kepada peminat ARMY selepas Big Hit Music mendedahkan dia telah positif Covid-19.
AKTOR KOREA SELATAN PARK SEO JOON POSITIF COVID-19
Bala Buat Aktor Korea Kegemaran Ramai Wanita, Agensi Park Seo Joon Telah Umumkan Beliau Dijangkiti Covid-19!