ALEX RODRIGUEZ DITUDUH SEBAGAI KAKI PEREMPUAN DAN PENIPU BERSIRI
Satu lagi berita kurang menggembirakan buat Alex Rodriguez, selepas pembatalan majlis perkahwinannya bersama Jennifer Lopez bulan lalu.
Satu laporan muncul baru-baru ini yang mengatakan bahawa Alex dituduh sebagai penipu bersiri oleh abang kepada bekas isterinya, Cynthia Scurtis dalam satu tuntutan saman baharu yang difailkan kepada mahkamah sivil Miami.
Menurut dokumen tersebut, bekas abang iparnya, Constantine Scurtis menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta di atas tuduhan penggelapan wang dan sebagainya.
Lama sebelum dia bertunang dengan J.Lo, dia pernah berkahwin dengan Cynthia dari tahun 2002 sehingga 2008 dan berkongsi dua cahaya mata, Natasha dan Ella.

Foto: Alex Rodriguez/Instagram
Sebelum perceraian mereka, Alex menjalin hubungan perniagaan dengan Constantine dan memeterai perjanjian perkongsian hartanah namun dia ditipu selepas Alex menjual aset syarikat kepada sebuah syarikat baru tanpa melibatkan Constantine. Dan sekarang, bekas iparnya ini ingin menuntut hak.
Dalam dakwaan tersebut, Constantine menuduh bekas pemain New York Yankees itu sebagai kaki perempuan dan penipu bersiri. Tertulis di dalam dokumen tersebut, “Selepas berlaku curang dengan isterinya Cynthia, dan berbohong mengenai hubungan sulitnya, dia kemudian menipu abang iparnya dalam perkongsian hartanah mereka.
“Kes ini difailkan disebabkan pecah amanah, pelanggaran kontrak, serta aktiviti jenayah yang bersifat palsu dan menyalahi undang-undang.”
Saman tersebut turut menyenaraikan pertuduhan penggelapan wang, pengambilan harta benda secara penipuan, penipuan insurans, pemalsuan, penipuan surat dan penipuan wayar. Ia turut mendakwa, kegiatan Alex telah menyebabkan Constantine kerugian berjuta-juta dolar.
Tuduhan tersebut juga mendedahkan, Alex membuat rancangan untuk mengaut keuntungan daripada bencana Hurricane Ike pada 2008 di mana terdapat bukti bahawa syarikatnya, Newport Property Ventures membuat laporan palsu mengatakan “jumlah kerugian harta meningkat” di dalam rekod perakaunan mereka.
Ini bukan kali pertama Constantine cuba membuat tuntutan terhadap tunang J.Lo. Saman pertamanya terhadap Alex dilaporan bermula sedekad lalu, diikuti beberapa saman gagal. Namun saman kali ini mungkin membuahkan hasil memandangkan dokumen yang diserahkan setebal 136 halaman.
Apa pendapat Alex mengenai semua ini? Menurut laporan Daily Mail, dia telah pun mengemukakan tuntutan balas kepada mahkamah Miami.
Foto: Foxbusiness.com
Pautan berkaitan: RYAN DORSEY TITIP UCAPAN HARI JADI BUAT MENDIANG ISTERI, NAYA RIVERA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.











