Festival Glastonbury 2021 Dibatalkan
Buat dua tahun berturut-turut, festival muzik dan seni paling popular Glastonbury terpaksa dibatalkan kerana penularan pandemik Covid-19 yang kekal meningkat.
Januari 2021 belum lagi berakhir, tetapi macam-macam sudah terjadi. Kali ini, berita yang cukup mengecewakan buat peminat muzik pula telah diumumkan. Festival Glastonbury edisi tahun ini terpaksa dibatalkan. Menurut kenyataan rasmi, festival ini terpaksa ditangguhkan buat dua tahun berturut-turut disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang terus meningkat di United Kingdom dan seluruh dunia.
Berita itu telah diumumkan oleh penganjur festival iaitu Michael dan Emily Eavis melalui laman web rasmi dan platfom media sosial mereka. Menurut kenyataan itu, walaupun pelbagai perkara telah dilakukan tetapi sudah jelas mereka tidak boleh meneruskan festival tahun ini. Tambah mereka lagi, tiket yang sudah dibeli akan dibawa ke edisi tahun hadapan.

Pada 4 Januari lalu, ahli Spice Girls, Mel B telah memberitahu BBC Radio S Live tentang pembatalan festival kali ini. Tetapi berita itu telah disangkal oleh Emily Eavis yang berkata pihak penganjur akan melakukan segalanya untuk memastikan festival tahun ini diteruskan. Dia turut berkata mereka telah kehilangan jutaan Pound Sterling tahun lalu. Bapanya pula pernah berkongsi yang festival itu mungkin akan muflis jika Glastonbury terpaksa dibatalkan lagi.
Saban tahun, festival yang diadakan di Pilton, Somerset, England ini akan menyaksikan kehadiran 200,000 peminat muzik dari seluruh dunia. Festival selama lima hari itu bukan sahaja menampilkan persembahan muzik, tetapi juga seni pementasan, tarian, komedi, sarkas, kabaret dan banyak lagi.
Festival tahun lalu yang merupakan edisi ulang tahun ke-50 sepatutnya dihangatkan oleh persembahan daripada legenda Sir Paul McCartney, Taylor Swift dan Kendrick Lamar, tetapi terpaksa dibatalkan kerana perintah kawalan pergerakan yang dilakukan oleh kerajaan United Kingdom pada Mac 2020.
Baca lebih lanjut: MAKAN INI UNTUK MENINGKATKAN STAMINA SEKSUAL DAN ORGASME
Foto: telegraph.co.uk
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.
MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Tahun 2025 mengubah landskap horologi global dengan momen jam tangan selebriti, Rolex, TAG Heuer dan Formula 1.
DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Walaupun Aidaho dipenuhi dengan nightlife yang cukup meriah sebagai dj, dia sebenarnya inginkan kehidupan yang tenang bersama kucingnya.
PEMUZIK DENGAN KEMENANGAN TERBANYAK DI AMAS
Pemuzik yang meraih kemenangan terbanyak di American Music Awards membuktikan kebolehan mereka di dalam industri muzik yang sengit.











