Skip to content

LEWIS HAMILTON MENDAKI GUNUNG SEBAGAI LATIHAN UNTUK FORMULA 1

LEWIS HAMILTON MENDAKI GUNUNG SEBAGAI LATIHAN UNTUK FORMULA 1

Kongsikan artikel ini

Juara dunia, Lewis Hamilton kini sedang sibuk berlatih untuk musim Formula 1 yang akan datang.

Namun dia tidak mengasah kemahiran di litar, sebaliknya memilih cara berbeza untuk sesi latihannya. Menurut hantaran terbaru di Instagram, Hamilton bangun seawal pagi setiap hari untuk mendaki gunung bersalji.

“Saya menjalani latihan di gunung setiap hari, melakukan yang terbaik untuk tubuh dan minda,” dia menulis. “Saya mendaki setiap pagi. Apabila sampai ke puncak setinggi 3,400 meter, saya menuruni cerunan dengan ski. Agak gila.”

Menurut Hamilton, latihan di paras altitud sangat bermanfaat apabila dia kembali ke paras laut. “Saya suka latihan altitud, di sana kurang bekalan oksigen, jadi bersenam jauh lebih sukar berbanding di paras laut.

“Saya cuba mencari keseimbangan dalam kardio dan ketahanan. Selain daripada itu, ada juga latihan lain yang saya lakukan sebagai tambahan.”

Ini bukan kali pertama Hamilton menunjukkan rasa cintanya pada gunung. Pada 2013, dia mendedahkan rancangan untuk mendaki Gunung Everest selepas bersara daripada perlumbaan.

“Saya merancang untuk mendaki sebanyak gunung yang saya mampu dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, dan gunung tertinggi sebagai pengakhirannya,” katanya kepada The Independent.

“Gunung Everest, ia hanyalah sesuatu yang saya ingin lakukan, tetapi saya akan mendakinya untuk pertubuhan amal.”

Bergelar pelumba terhandal di mana dia memenangi 11 daripada 17 perlumbaan, Hamilton masih perlu menyertai beberapa perlumbaan sebelum boleh bersara dan meneruskan rancangannya untuk mendaki. Namun apabila tiba waktunya, jelas Hamilton sudah bersedia untuk sampai ke kemuncak.

 

Foto: Tommy Hilfiger

 

Pautan berkaitan: BEBAS COVID, NAMUN LEWIS HAMILTON GAGAL REBUT GELARAN JUARA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut