PUPUR WAJAH MULTIFUNGSI BERI TENAGA BAHARU
Siapa yang tidak mahukan penjagaan kulit bersifat multifungsi yang bertindak sebagai pembersih, skrub dan pupur wajah! Sothys perkenalkan Energizing Facial Cleanser yang bersifat gender neutral.
Apabila anda berada di lorong barang penjagaan kulit, tentu anda akan menemui sebilangan pencuci muka atau pelbagai botol-botol lain dengan label yang berbeza. Baik pencuci muka, toner, pelembap wajah, serum, atau berbagai lagi produk untuk menghilangkan kekotoran atau merawat wajah. Tetapi, tidak diragui lagi hampir 90% produk semuanya lebih diberikan fokus dan khusus buat wanita. Ada juga sebilangan produk yang lebih unisex, tetapi selalunya lelaki tidak mempunyai pilihan yang banyak dan akhirnya menggunakan produk penjagaan kulit wanita. Kebanyakan individu (lelaki) pasti tertanya-tanya bahawa adakah benar kulit lelaki dan wanita sangat berbeza? Buat lelaki dan wanita yang telah mendirikan rumah tangga pula, pasti terfikir adakah mereka benar-benar memerlukan dua pencuci muka yang berasingan, lalu mengambil ruang di bilik mandi?
Secara biologi, YA! Memang kulit wajah buat lelaki dan wanita sangat berbeza. Untuk lelaki, kulit wajah lebih cenderung mempunyai lapisan epidural yang lebih tebal dengan pori-pori yang lebih besar, mudah tersumbat dengan kotoran serta minyak yang berlebihan. Lelaki juga kehilangan kolagen, protein penguat kulit, dan berada pada kadar yang lebih perlahan daripada wanita. Selain itu, terdapat juga faktor masalah rambut wajah, kerana lelaki biasanya perlu mencukur wajah secara teratur dapat mengikis dan merosakkan kulit.
Produk penjagaan kulit wanita telah lama menguasai pasaran, dan pembersih yang ditujukan untuk lelaki pula pada umumnya berkisar pada beberapa elemen untuk memastikan atau membezakan produk tersebut berbau lebih maskulin. Antara elemen yang perlu dikekalkan adalah seperti penggunaan skema warna bungkusan atau label klinikal yang lebih gelap, lebih banyak rempah yang perlu digunakan, penggunaan buah dikurangkan, dan banyak lagi. Malah ramai yang kurang pasti tentang elemen atau faktor sebenar dalam memilih atau menentukan pembersih mana yang sesuai buat kulit wajah. Ia sememangnya bergantung kepada jenis kulit setiap individu, sama ada kulit wajah lebih normal, kering, berminyak, kombinasi, atau sensitif. Kemudian barulah elemen dalam mempertimbangkan ramuan dalam produk tersebut, dapat memainkan peranan yang sesuai dalam merawat kulit secara menyeluruh.
Terbaru dari Sothys Paris adalah produk Energizing Facial Cleanser merupakan pembersih wajah harian yang sangat sesuai untuk membersihkan kulit dari kekotoran dalam satu langkah. Produk ini juga membersih secara 3-dalam-1 dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Dengan formulanya yang lebih moden untuk memastikan kesempurnaan dan keserasian buat semua jenis kulit, ia sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Pembersih yang serbaguna ini menggunakan bahan-bahan aktif seperti batu gunung berapi yang kaya dengan magnesium mengurangkan kesan penghalang toksin, serta biji Rhyolite, dengan mikrodermabrasi tonik yang tidak agresif. Maka ia lebih lembut pada wajah, beri kesegaran dengan segera serta mampu menyahtoksinkan kulit. Koleksi ini akan berada di pasaran pada 1 Mac 2021.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA
Sama seperti wanita, rambut mahkota buat kaum Adam. Terutama di kalangan lelaki metroseksual yang mementingkan penggayaan dan penjagaan rambut.
RAHSIA PERSIAPAN BERSENAM TERBAIK UNTUK HASIL MAKSIMUM
Bersenam bukan sahaja memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan mental dan fizikal yang lengkap agar kita dapat memanfaatkan setiap sesi latihan.
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI
Rambut bukan sekadar pelengkap penampilan tetapi juga mencerminkan status, gaya hidup dan keperibadian seorang lelaki. Justeru penjagaannya tidak boleh diabaikan.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
WANGIAN CHANEL ALLURE HOMME SPORT SUPERLEGGERA UNTUK LELAKI AKTIF
Jenama fesyen CHANEL memperkenalkan koleksi haruman terbaru mereka, Allure Homme Sport Superleggera khas buat para jejaka.
TIP MUDAH UNTUK DAPATKAN TIDUR LENA HINGGA KE PAGI
Masalah sukar tidur boleh diatasi dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang berkesan.