BRUNO MARS KINI BERGELAR PEREKA FESYEN!
Kini impiannya untuk bergelar pereka fesyen tercapai hasil kerjasama bersama pengarah kreatif Lacoste, Louise Trotter. Kini, koleksi pertama Bruno Mars “Ricky Regal” bakal menemui peminatnya 5 Mac ini!
Bruno Mars telah lama memendam hasratnya untuk menjadi seorang pereka fesyen tetapi tidak punya ilmu asas dalam bidang fesyen. Namun penyanyi yang terkenal menyanyikan lagu, “That’s What I Like” kini sudah bergelar pereka fesyen bersama pengarah kreatif Lacoste, Louise Trotter, yang akhirnya menghubungi Bruno dan memeterai perjanjian pelaburan yang diingini oleh Bruno.
Bruno menceritakan kejadian awal bagaimana terhasilnya kerjasama bersama jenama fesyen Lacoste, dia berkata Louise menelefon dan melamar Bruno untuk berkolaborasi dan Lacoste inginkan impiannya menjadi realiti. Tambah Bruno, dia berasa sangat beruntung kerana dilamar untuk melakukan kolaborasi tersebut dan Lacoste adalah jenama pertama yang sudi berkolaborasi denganya. Bruno mengatakan kerjasamanya bersama jenama berusia 88 tahun adalah suatu kehormatan baginya. Dia secara langsung bekerja dengan pengarah kreatif Lacoste, Louise Trotter, merupakan antara pengembaraan yang hebat yang pernah dilaluinya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
KENALI CONTENT CREATOR DAN PEMINAT FESYEN LELAKI, SYABIL YUSOP
GLAM Lelaki tertarik dengan kemunculan pencipta kandungan baharu, Syabil Yusop. Yang hadir dengan gaya peribadi tersendiri. Cita rasa fesyennya yang ringkas, selesa dan segar bukan sahaja mudah didekati, malah mampu menjadi sumber inspirasi buat lelaki masa kini. Kenali lebih dekat Syabil Yusop dan sisi peribadinya sebagai pencipta kandungan. Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam…
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











