Skip to content

5 FILEM TERBAIK HENRY CAVILL MENURUT ROTTEN TOMATOES

HENRY CAVILL TAYANG OTOT SASA, PEMINAT BERI KOMEN JENAKA

Kongsikan artikel ini

Pelakon kacak, Henry Cavill kini dilihat sedang sibuk membina badan untuk peranannya dalam filem dan televisyen.

Walau mengalami kecederaan Disember lalu, Henry tetap meneruskan sesi latihan fizikal dan menunjukkan dedikasi yang tinggi untuk menjayakan wataknya sebagai Superman juga Geralt of Rivia.

Dan segala penat lelahnya di gim dan padang latihan nampaknya membuahkan hasil! Dengan kerjasama Muscle Tech, Henry kini dilihat mempunyai tubuh yang sasa dengan otot yang mantap, terutama di bahagian paha.

Dia memuat naik satu foto latihan di Instagram kira-kira seminggu lalu dan ia dengan pantas mengundang keterujaan di kalangan peminat.

 

Foto: Instagram

 

Peminat wanita tidak berhenti memuji otot kakinya yang timbul, manakala peminat lelaki pula mengagumi kerja keras dan dedikasi Henry sama ada di padang mahupun gim.

Seorang peminat fanatik meninggalkan mesej mengejutkan berbaur jenaka di ruangan komen Instagram pelakon itu. Tulis @feelsforsterek, “Bolehkah anda patahkan leher saya menggunakan paha anda yang sasa? Saya akan berterima kasih.” Ramai pengikut memberi ‘like’ tanda bersetuju.

Seorang lagi peminat berjenaka bahawa Kryptonian memerlukan protein, merujuk kepada watak lakonannya sebagai Superman dan Whey Protein jenama Muscle Tech yang dikongsikannya menerusi hantaran yang sama.

 

Foto: Instagram

 

Disember tahun lalu pelakon ini tercedera ketika menjalani penggambaran The Witcher musim kedua. Kecederaan hamstring yang dialami memaksanya untuk berehat daripada sebarang aktiviti lasak. Hanya selepas sebulan, dia kembali ke set untuk menyambung sesi penggambaran siri Netflix itu.

 

Foto: Ben Watts/Men’s Health

 

Pautan berkaitan: “SAYA BARU ‘HALF-WAY, BELUM CAPAI TARGET LAGI..” SAHARUL RIDZWAN KONGSI PENGORBANAN & TRANSFORMASI SUSUK TUBUH SASANYA

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!

Bacaan Lanjut