Skip to content

JACKSON YEE, DUTA GLOBAL BAHARU ARMANI BEAUTY

Kongsikan artikel ini

Jackson Yee, bintang Better Days, filem yang meraih pencalonan di Anugerah Akademi 2021 dilantik sebagai duta global baharu bagi mekap dan penjagaan kulit Armani Beauty. Jackson sebelum ini sudah pun dilantik sebagai jurucakap Aramani Beauty bagi pasaran China sepanjang tahun lalu. Pemilihan Jackson ini juga seiring dengan pelancaran Neocream dalam rangkaian ikonik Giorgio Aramani sendiri, Crema Nera.

Neocream adalah formula liquid-to-cream pertama Gior Armani yang pertama untuk hasil kanvas wajah yang sempurna. Menggunakan bahan ReviscentalisTM yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan yang bertindak memelihara dan merawat kulit. Untuk produk baharu ini, Jackson dijadualkan akan menjalani penggambaran bersama jurugambar kelahirang England, Tom Munro dan akan dilancarkan bermula Mei 2021.

Jackson yang bakal muncul menerusi sebuh filem perang epic The Battle at Lake Changjin sebelum ini lebih dikenali menerusi sebuah siri sejarah The Longest Day in Chang’an. Kecemerlangannya dalam bidang lakonan telah menghadiahkan dia beberapa anugerah termasuklah kategori Best New Performer di Anugerah Filem Hong Kong Ke-39 tahun lalu,. Dia juga meraih kategori yang sama di Hundred Flowers Awards dan Asian Film Awards. Tidak hanya dikenali sebagai aktor dia juga cukup masyhur sebagai penyanyi.

Artikel Berkaitan: Lima Haruman Uniseks Untuk Kamu & Pasangan

Jackson turut mengguna pakai populariti yang dikecapi untuk membantu komuniti sekeliling yang mana dia melancarkan yayasannya sendiri iaitu The Jackson Yee Fund yang mendapat sokongan China Foundation for Poverty Alleviation’s Child Companion Plan yang mana organisasi ini membantu kanak-kanak luar Bandar yang ditinggalkan ibu bapa mereka dek kerana bekerja di Bandar. Yayasan Jackson Berjaya mengumpul 193 ribu Euro yang mana kutipan itu telah membantu 12 ribu orang kanak.kanak di sana.

Artikel Berkaitan: Bintang Baru Spiderman, Adria Arjona Wajah Haruman Armani

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut