Skip to content

THE WEEKND JUGA BERSOLEK, INI PRODUK YANG DIA GUNAKAN

Kongsikan artikel ini

Selepas tidak dicalonkan apa-apa kategori di Grammy Awards awal tahun ini, The Weeknd bagaikan membalas dendam apabila membawa pulang 10 anugerah di Billboard Awards termasuklah anugerah utama Top Artist. Antara anugerah lain yang diraihnya pada malam Ahad lalu ialah Top Hot 100 Artist, Top Hot 100 Song Presented by Rockstar; Top Male Artist, Top Radio Songs Artist, Top R&B Artist, Top R&B Male Artist, Top R&B Album, Top Radio Song danTop R&B Song.

The Weeknd yang tampil mempersembahkan single terbarunya Save Your Tears tampil kemas dengan sepasang kot labuh paras lute berwarna, lari dari kebiasaannya yang sering berpadanan merah seiak melancarkan album berhantunya, After Hours. Persembahannya malam itu menyaksikan dia tampil diiringi dengan 20 buah kereta vintaj hasil arahan dan koreografi Alex Lill & Charlie Morse.

Lebih menarik apabila Dior berkongsi produk-produk yang digunakan oleh jurusolek The Weeknd untuk persembahannya malam itu. Dirias oleh Christine Nelli, asas untuk kulitnya dimulakan dengan sapuan Dior Capture Totale C.E.L.L Energy Super Potent Serum pada keseluruhanw ajah termasuk leher. Kemudian dia menyapu krim mata dari rangkaian yang sama. 

Artikel Berkaitan: The Weeknd Sindir Grammy Dalam Video Muzik Terbaru?

Dior Backstage Face & Body Foundation #4N dan #5N.

Dior Forever Skin Correct #4N

Nelli menyapu bedak asas menggunakan span yang mana dia mencampurkan krim muka bersama Dior Backstage Face & Body Foundation #4N dan #5N.Dia melengkapkan asa soslekan dengan menyapu penyamar cela Dior Forever Skin Correct #4N khusus pada bahagian bawah mata menggunakan hujung span dan diratakan dengan teliti supaya hasilnya nampak semula jadi, efek no makeup makeup.

Dior Backstage Face & Body Powder-No-Powder #5N

Untuk memastikan asas solekan kekal dan efek pusam, Nelli melayangkan Dior Backstage Face & Body Powder-No-Powder #5N pada zon-T (hidung dan dahi), dan layangkan lebih ringan pada keseluruhan wajah. Untuk kening The Weeknd, Nelli hanya memperkemaskannya dengan maskara kening jernih. 

Artikel Berkaitan: THE WEEKND HADIR DI AMAS DENGAN KEPALA BERBALUT?

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026

Bacaan Lanjut
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN 'NICHE' YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

Bacaan Lanjut
MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut