THE MAN OF THE HOUR
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang insan yang cukup prominen dalam sesebuah keluarga, GLAM Lelaki membariskan seleksi jam tangan untuk pemberian Sempena The Man of the Hour yang bakal diraikan hujung minggu ini.
Seorang bapa memainkan peranan serta pengaruh yang substantial sepanjang hidupnya. Selain menyara, memperoleh rezeki untuk keluarga; bapa juga merupakan seorang motivator atau guru. Terkadang beralih tanggung jawab mengerjakan kerja-kerja rencam serta penyelenggaraan di rumah.
Dialah tulang belakang keluarga, di mana kita saling mempelajari sesuatu yang baru. Paling utamanya, senantiasa berpunya solusi untuk diajak bicara kala sulit. Demikian, bagi merai seorang insan yang versatil ini, GLAM Lelaki membariskan seleksi jam tangan untuk pemberian Sempena Hari Bapa.

Oyster Perpetual Datejust 41 MM, Rolex
Oyster Perpetual Datejust 41 adalah definisi keanggunan klasik. Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, model ini direka untuk dipakai setiap hari. Digarap dari paduan material Oystersteel dan emas kuning; penggunaan emas bertujuan untuk mengukuhkan kilauan kemasyurannya. Manakala, keluli Oystersteel pula memperkukuhkan sisi ketahanan agar lebih tegap.
Laman dial jam dipersembahkan lembut dengan rona champagne, juga perinciannya dilengkapi dengan bezel berjejalur. Tali gelang diperkemas gaya Jubilee dengan lima bahagian disambung agar selesa dan lembut untuk digayakan saban hari.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











