Sensasi Eksplorasi Ruang Angkasa
Swatch membentangkan Space Collection terbaru yang diinspirasikan oleh NASA dan sut angkasanya yang ikonik.
Space Collection adalah barisan jam tangan Swatch yang melayarkan inspirasi buat pemuja arloji agar memiliki impian yang besar. Sekali gus, menciptakan alam semesta atau ruangnya sendiri, lalu memanfaatkan waktu sebaik mungkin dalam kehidupan di bumi.
Didorong oleh semangat untuk terus berinovasi, Space Collection menyanjung kemasyhuran NASA langsung mengungkapkan kisah BIOCERAMIC Swatch yang seterusnya. Diolah dua pertiga material seramik dan sepertiga plastik berbahan bio. BIOCERAMIC menawarkan sentuhan lembut bagai sutera juga amat resilien. Tiga dari lima jam tangan yang hadir dalam koleksi ini memiliki fitur dan material berbahan bio dan susuk rekaannya terinspirasi dari sut angkasawan NASA.
Big Bold Chrono Extravehicular
Terinspirasi oleh sut angkasawan putih yang ikonik, pertama kali disarungkankan pada tahun 1983 oleh angkasawan NASA Story Musgrave dan Donald Peterson. Sut ini melindungi para angkasawan dari radiasi sinar matahari. Jam tangan krono berukuran 47 mm ini diolah berwarna putih dan memadukan material BIOCERAMIC serta kaca plastik berbahan bio.
Pemasa krono tidak diset marker satu jam penuh. Tetapi sepuluh saat sebelumnya dan diserlahkan dengan warna hangat merah membayangi saat perlepasan ke ruang angkasa. Crown diposisikan pada jam 3 bersama dengan dua pusher, sementara loop tali merah dan biru bergandingan kemegahan Swatch dan logo NASA melengkapi rekaan ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS
Swatch melancarkan jam tangan OCEAN OF STORMS ke dalam Koleksi Bioceramic Scuba Fifty Fathoms Blancpain yang meraikan Fifty Fathoms yang ikonik.