Skip to content

MASKER MANIA

Kongsikan artikel ini

Penggunaan topeng muka dua kali seminggu adalah rutin yang selamat untuk kulit jika anda tidak pasti. Masker ‘purifying’ harus digunakan kurang kerap kerana jika berlebihan boleh merengsakan kulit dan menyebabkan jerawat atau kemerahan. Sebaliknya topeng penghidratan boleh digunakan secara kerap.

biru

GUARDIAN 3D HYDROGEL MOISTURISING FACE MASK, SETIAP HELAI, RM11.35
Masker ini menawarkan kesan iaitu sebagai pelembap era baru yang diinovasi untuk menyegarkan kulit wajah. Sesuai buat mereka yang punya kulit kering, masker ini melembap secara berpanjangan, melicinkan dan menyihatkan. Mengandungi ekstrak calendula yang diketahui khas untuk melembapkan kulit dan ada sifat-sifat untuk menenangkan kulit.\

kuning

CAUDALIE MOISTURIZING MASK, 75ML. RM130
Topeng muka yang mengembalikan tahap kelembapan, mengurangkan kemerahan dan meningkatkan kelembutan yang terhidrat. Masker ini melindungi dehidrasi masa depan yang diperkaya dengan vinolevure untuk menguat dan melegakan kulit, minyak biji anggur untuk menyuburkan dan asid hyaluronik sebagai bahan pelembap.

ptr

 

PETER THOMAS ROTH PUMPKIN ENZYME MASK, 150ML. RM298
Pengelupasan kimia lembut daripada Peter Thomas Roth khas menghilangkan kulit kusam. Dicipta daripada manik kasar, enzim larut dalam topeng ini mengandungi AHA. Kulit bakal menjadi licin dan cerah selepas menggunakannya. Selain itu, ia mengandungi enzim labu dan terhindar dari rempah.

kiehls

KIEHL’S ULTRA FACIAL OVERNIGHT HYDRATING MASQUE, 125ML. RM144
Tidak banyak masker hebat untuk lelaki. Topeng malam daripada Kiehl’s ini melembap, melegakan tanpa rasa berminyak dan kandungan gliserin serta urea untuk pemulihan semalaman bagi sel-sel kulit kering. Sapukan lapisan nipis sebelum tidur, lap lebihan selepas 10 minit dan biarkan ia berkerja semasa anda tidur.

hijau

AVEDA TOURMALINE CHARGED RADIANCE MASQUE
Krim topeng Aveda ini ideal untuk memperbaiki tekstur kulit dan memberi sinar sihat pada kulit. Mentega Murumusu menyuburkan muka, manakala fosfat natrium mannose (ekstrak yis bio penapaian) membuang sel-sel bendasing pada wajah. Krim ini boleh disesuaikan dengan minyak essestial, Balancing Infusion,bergantung pada jenis kulit.

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut