Skip to content

YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA

Kongsikan artikel ini

Yoon Chan-Young menambat ramai penonton siri zombie bertajuk All of Us Are Dead yang disiarkan di Netflix. Fenomenanya terus menarik perhatian Coach untuk dijadikan wajah utama dipasaran Korea. Apatah lagi, Yoon Chan-Young yang masih muda remaja mampu mempromosikan jenama berlegasi indah New York ini kepada generasi Z.

Apakah memori terbaik bersama Coach sebelum dilantik menjadi duta jenama ini?

Antara memori yang terawal adalah ketika saya masih di bangku sekolah rendah. Waktu itu ibu saya sudah menggayakan beg Coach, maka ia bukanlah satu jenama asing buat saya. Satu lagi, ketika merakam siri All of Us Are Dead, Coach menghadiahkan saya satu beg kulit untuk digunakan sebagai pelengkap watak pelajar kolej.

yoon chan-young

Kongsikan perasaan kamu setelah menjadi duta Coach sekarang?

Saya terkejut apabila diberitahu tentang berita baik ini dan ditugaskan sebagai duta buat jenama global. Saya tidak sabar untuk melaksanakan tugas sebagai duta Coach. 

Nyatakan tugasan yang bakal dilaksanakan oleh kamu sebagai wajah utama Coach Korea?

Coach adalah satu jenama global yang kaya dengan legasinya, maka saya mahu menjadi medium agar mampu berhubung dengan pelbagai lapisan generasi. Jenama ini lengkap dengan pilihan bercitra tradisional dan barangan yang trendy. Sebagai contoh, sekarang ini Coach banyak menghasilkan kolaborasi bersama jenama lain serta masih menghasilkan item yang bermutu. Tugas saya adalah memadukan kedua-duanya serta mempromosikan barangan Coach kepada kelompok generasi seusia.

yoon chan-young

Perkara yang buat kamu jatuh cinta pada Coach?

Coach berpaksi pada watak semulajadi dan ia sebaris dengan misi saya dalam hidup yakni mahu menjalani kehidupan yang lebih autentik pada diri sendiri. Selain itu, Coach juga mempunyai nilai perasaan ingin tahu yang bermain dengan imaginasi dalam minda. Akhir sekali adalah nilai positif yang disebarkan oleh Coach termasuk ciri kepelbagaian yang diterapkan dalam jenama ini. 

Bagaimana kamu injek fesyen estetik Korea pada Coach?

Apabila bercakap tentang fesyen Korea, kepelbagaian adalah kunci utamanya. Sebagai contoh adalah Hanbok yang direka dengan pelbagai elemen. Sekarang ini Hanbok direka lebih moden mengikut peredaran masa sekarang. Maka, tradisi dan legasi digabungkan bersama nilai moden terkini bersama aspek-aspek yang pelbagai agar menepati citarasa wanita moden sekarang tanpa melupakan nilai klasik. Elemen ini yang mampu kita terapkan pada fesyen sekarang. 

ARTIKEL BERKAITAN: KENALI BINTANG BAHARU STRANGER THINGS, JOSEPH QUINN

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR 'IT BOY'

5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’

Bacaan Lanjut
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA COACH 2025

SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH

Bacaan Lanjut
Coach Ipoh

COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut