ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE
Label tempatan, Wardrobe bakal mempersembahkan koleksi “Acme Society” yang mengenegahkan puncak kematangan dalam mengabadikan elemen fesyen terkini dalam kehidupan harian lelaki masa kini.
Bersempena dengan Mercedes Benz Fashion Week 2022, Wardrobe selaku jenama busana lelaki premium tempatan bakal mempersembahkan epilog dari siri trilogi koleksi fesyen yang berjudul “Acme Society”. Koleksi kapsul ini akan menampilkan 30 busana terpilih yang mempamerkan siri perkembangan dan cita rasa fesyen premium tanpa mengkrompomikan karakter fikiran seseorang.

“Perkataan ‘acme’ bermaksud ‘tahap keunggulan mutlak atau dibangunkan dengan perkembangan yang paling terkini’. Selepas Hidden Depth, koleksi musim luruh/sejuk 2019 dan Sub-Surface, koleksi musim bunga/panas 2022, koleksi ini akan menonjolkan puncak tahap kematangan sebagai sebuah refleksi identiti dan personaliti yang sentiasa berubah-ubah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng.
“Busana lelaki klasik akan sentiasa relevan dalam dunia fesyen terutamanya di dalam segmen ‘luxury’. Ini adalah DNA Wardrobe dan prinsip utama reputasi kami. Namun begitu, kami perlu beradaptasi dengan aspirasi terkini para klien kami,” tambahnya lagi.

Dengan kewujudan “Acme Society”, Wardrobe nekad untuk mencabar konsep sut tradisional dalam pemakaian lelaki moden. Sut kini dibentuk oleh kombinasi elemen pakaian yang berbeza, dan membuka ruang kepada konsep fesyen yang lebih personal dan tersendiri. Lantas, ia melangkaui penampilan luaran semata-mata dan dibentuk oleh gabungan pengalaman, cita rasa dan inspirasi yang pelbagai.
Dibahagikan kepada tiga segmen, Wardrobe melalui “Acme Society” akan menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, serta corak fesyen yang pelbagai, Daripada kotak ‘glen’ sehinggalah sentuhan ‘plaid’ dan jaluran; epilog siri trilogi ini bakal diakhiri dengan sentuhan fesyen yang terang dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan juga hitam.
Foto: Wardrobe
Baca lebih lanjut: KLASIK & AUTENTIK, KOLEKSI UNIQLO UNTUK MUSIM LURUH/SEJUK 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA
Salah satu cara mudah untuk lelaki meningkatkan gaya fesyen mereka pada tahun 2026 ialah dengan aksesori yang menyerlah, tetapi effortless.
BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR
Salah satu trend yang boleh dilihat dari minggu fesyen tahun ini ialah bag charm, yang kini menjadi aksesori utama buat lelaki.
BOLA SEPAK + FESYEN? KETAHUI TAS TANGAN YANG DIGAYAKAN OLEH PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026
Bukan hanya beraksi di atas padang, malah di atas pentas fesyen. Tas tangan pemain bola sepak FIFA World Cup 2026 cukup bergaya!
QUIET POWER: MASKULINITI LELAKI YANG TIDAK PERLU BISING
Quiet power di dalam penggayaan menjadi salah satu kuasa buat lelaki yang ingin tampil penuh bergaya dengan penampilan peribadi mereka.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.











