JACKSON WANG, CL & JOE FLIZZOW BAKAL MENGGEGARKAN GOOD VIBES WEEKENDER
Good Vibes Weekender bakal kembali tahun ini pada 23 dan 24 September 2022 di Surf Beach @ Sunway Lagoon dengan barisan pemuzik antarabangsa dan tempatan.
Berita yang cukup dinanti-nantikan peminat muzik di Malaysia. Festival muzik premier, Good Vibes Weekender bakal kembali tahun ini dengan barisan pemusik hebat dari seluruh dunia. Berbeza daripada edisi terdahulu, Good Vibes Weekender bakal berlangsung pada 23 dan 24 September 2022 di Surf Beach @ Sunway Lagoon.
Good Vibes Weekender bakal membuat debut selaku pengalaman festival muzik pertama di bawah jenama Good Vibes yang akan berlangsung di ibu kota. Dengan ‘restart’ kepada persembahan secara langsung, festival ini akan merefleksikan trend muzik global dengan kehadiran lebih ramai pemuzik dari rantau Asia untuk penonton tempatan.
Kali ini, Jackson Wang dan CL akan menjadi headline utama untuk Good Vibes Weekender 2022. Bintang kelahiran Hong Kong juga ahli kumpulan GOT7, Jackson Wang akan menggegarkan pentas dengan lagu-lagu popular seperti “LMLY” dan “I Love You 3000 II”. Manakala bintang K-pop, CL merupakan ahli kumpulan wanita popular, 2NE1 yang pernah tersenari antara 100 Most Influential People In The World oleh TIME Magazine.
Antara pemuzik antarabansga yang bakal menyertai festival tahun ini termasuklah peyanyi alternatif Gen-Z dari Britain, Beabadoobee; duo dari United Kingdom, Oh Wonder; DJ duo dari United Kingdom, Snakehips; serta Shallou yang popular melalui lagu “I Leave Again” dan “Come Home”.
Rapper nombor satu negara, Joe Flizzow bakal mengetuai barisan pemuzik lokal kali ini. Rakan duetnya, SonaOne juga antara nama besar yang akan menggegarkan pentas festival pada bulan hadapan, Tidak ketinggalam kumpulan DOLLA, Yonnyboii, NYK, Midnight Fusic dan ramai lagi.
Tiket boleh didapati pada harga RM399, RM499 dan RM999 bermula pada 2 Ogos 2022 melalui http://www.goodvibesfestival.com/. Pintu akan dibuka pada jam 4 petang pada kedua-dua hari nanti.
Foto: Good Vibes & Getty Images
Baca lebih lanjut: DEFINISI BAHARU LELAKI WARDROBE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024
Saban tahun, bulan Ogos tidak pernah gagal menghiburkan orang ramai dengan konsert berunsur patriotisme sempena bulan kemerdekaan.
TEAM WANG WARNAI DUNIA FESYEN DENGAN KOLEKSI TERBARU
Jenama fesyen Jackson Wang, TEAM WANG mengumumkan pelancaran koleksi terbaru SPARKLES - I SEE THE LIGHTS yang warna-warni.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan, GLAM X GLAM Lelaki Fashion Party 2024 bersama Coach Malaysia yang telah berlangsung di KLoe Hotel KL.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.