LEE JONG SUK KEMBALI DENGAN DRAMA TERBARU BIG MOUTH
SELEPAS “DOCTOR STRANGER”,”PINOCCHIO” DAN “ROMANCE IN A BONUS BOOK”, KINI LEE JONG SUK TAMPIL BERAKSI SEKALI LAGI DALAM DRAMA BERSIRI KOREA TERBAHARU. ADAKAH DIA BENAR-BENAR BIG MOUSE ATAU HANYA SEKADAR BIG MOUTH?
Sosok tubuh bergelar Lee Jong Suk yang tampan terkini telah beraksi dalam drama bersiri terbaru MBC, Big Mouth . Pada September 2021, Lee mengesahkan drama MBC bersama Lim Yoon A, kembali selepas tiga tahun dia menyelesaikan tugasan ketenteraan Korea Selatan. Drama ini kini telah disiarkan bermula sekitar Julai 2022. Big Mouth mengambil alih slot masa MBC pada Jumaat & Sabtu 22:00 yang sebelum ini diduduki oleh Doctor Lawyer. Ia juga tersedia untuk penstriman di Disney+ Hotstar.
Foto: Google
Park Chang Ho (Lee Jong Suk) ialah seorang peguam dengan rekod kejayaan sekadar 10% yang menyedihkan. Kerana sifatnya yang lantang dan bercakap besar, dia telah mendapat jolokan Big Mouth. Dia terjerat dalam penyiasatan pembunuhan dan kemudiannya dikaitkan dengan penipuan licik Big Mouse. Oleh itu, Park Chang-Ho mendapati dirinya dalam keadaan yang boleh membawa maut apabila dia dipenjarakan bersama dengan pembunuh berprofil tinggi yang sedang disiasatnya.
Go Mi Ho (Lim Yoon A), yang berkahwin dengan Park Chang Ho, adalah seorang jururawat. Dia mempunyai rupa yang cantik dan mentaliti yang berani dan bijak. Dia menyokong suaminya dari segi kewangan dan emosi semasa suaminya meneruskan kerjaya peguamnya. Apabila Go Mi Ho mengetahui bahawa Park Chang Ho diperangkap sebagai penipu licik Big Mouse yang berkait dengan skandal pengedaran dadah yang besar, dia berusaha untuk membersihkan identiti suaminya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BERSEDIA UNTUK BINGE? 5 KDRAMA BARU BAKAL DITAYANG
Ketahui 5 K-Drama menarik bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini dari kisah romantik hingga aksi yang mendebarkan.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2
Drama bersiri Weak Hero Class 2 kini kembali untuk musim kedua, dengan situasi yang lebih intense dan aksi yang lebih hebat.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE
filem Mencari Ramlee (2025), sebuah karya yang memberi penghormatan kepada legasi Tan Sri P. Ramlee yang bisa meruntun jiwa.
TONY EUSOFF: WATAK ‘RAMLEE’ LAKONAN PENUH JIWA
Filem Mencari Ramlee, Tony Eusoff membuktikan bahawa dia adalah pelakon versatil yang memiliki keupayaan membawa apa jua watak berat.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.