9 PERKARA WANITA MATANG TIDAK LAKUKAN DALAM PERHUBUNGAN
Anda impikan seorang wanita matang hadir dalam hidupmu? GLAM LELAKI punya kriteria yang anda boleh jadikan kayu pengukur sebelum perhubungan anda dan si dia bertukar lebih serius!
Mungkin ada sebabnya bila ramai jejaka muda zaman sekarang lebih terarah memilih wanita lebih tua dari mereka. Wanita matang menjadi pilihan lelaki yang lebih muda kerana mereka tidak akan mengongkong kerana rata-rata mereka sudah punya kerjaya dan jadual harian yang padat. Bagaimana mengenalpasti wanita matang? Jangan salah sangka, wanita yang berumur juga tak semestinya matang. Semak 9 perkara yang tidak akan dilakukan oleh wanita matang dalam perhubungan.