Skip to content

ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!

Kongsikan artikel ini

Lelaki straight pastinya mudah cair melihat raut jelita seorang wanita. Begitu juga sebaliknya. Tambahan pula dengan susuk tubuh menawan, pastinya menjadi idaman untuk dijadikan teman hidup. Namun lain pula dengan golongan sapioseksual yang ternyata ‘nafsu’ mereka lebih terarah kepada tahap pemikiran seseorang.

Pernahkah anda mendengar terma sapioseksual ini? Kami di GLAM Lelaki ada penjelasannya.

APA ITU SAPIOSEKSUAL?

sapioseksual

Foto: Freepik

 

Sapioseksual adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tertarik atau terangsang oleh kecerdasan orang lain. Ini bermakna bahawa seseorang mendapati rangsangan intelek dan kebolehan kognitif sebagai faktor penting dalam tarikan mereka kepada bakal pasangan romantis atau seksual.

Menurut kajian, muncul tanggapan budaya popular bahawa seorang sapioseksual mendapati tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi sebagai ciri seksual yang paling menarik dalam diri seseorang, menunjukkan bahawa IQ yang tinggi mungkin merupakan sifat yang benar-benar menarik secara seksual, sekurang-kurangnya bagi sesetengah orang.

Sapiosexual maksudnya juga adalah menekankan kepentingan keserasian mental dan intelek sebagai aspek utama daya tarikan seseorang, dan bukannya hanya menumpukan pada penampilan fizikal atau ciri-ciri lain.

Namun begitu, anda perlu ingat bahawa konsep menjadi sapioseksual agak subjektif dan boleh berbeza-beza bagi setiap orang. Sesetengah orang mungkin mengenal pasti dengan kuat dengan label ini, manakala yang lain mungkin melihatnya sebagai kurang relevan dengan pengalaman tarikan mereka sendiri.

TANDA-TANDA ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL

Seperti kebanyakan orientasi atau keutamaan seksual, sapioseksual adalah sebahagian daripada kepelbagaian seksualiti dan tarikan manusia. Namun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya jika anda seorang sapioseksual? Ini tanda-tandanya:

Foto: Pexels

1. AMBIL LEBIH MASA UNTUK MENGENALI DIA

Adakah anda pernah bertemu dengan seseorang di mana kecantikan tidak begitu menarik perhatian, namun cara pembawakan diri mereka ternyata lebih menyerlah? Jika ada, ya anda salah seorang daripadanya.

Sapioseksual adalah seorang yang tidak mudah tertarik dengan kecantikan seseorang dalam masa yang singkat dan mereka tidak terburu-buru, malah he will take his time just to know her better then fall in love.

Happy relationship is a healthy relationship. Golongan ini adalah antara mereka yang memiliki perhubungan yang sihat. Masa banyak dihabiskan dengan berbicara dari hati ke hati, saling bertukar pandangan dan pendapat malah langsung tidak melibatkan tarikan seksual yang adakala boleh mengganggu kelangsungan satu-satu perhubungan.

3. TERUJA DENGAN KECERDIKAN

Intelligence can turn you on! Ya, nafsu golongan sapioseksual mungkin pelik sedikit tetapi inilah realitinya. A beauty with brains adalah golongan idaman para sapioseksual di luar sana. Ilmu dan kepandaian si wanita dalam pelbagai sudut dan ruang membuatkan mereka lebih menyerlah walaupun tidak memiliki raut wajah jelita.

Namun begitu, ada juga yang beranggap jika anda terlalu memilih, ini punca utama anda masih lagi single.

4. TURNED ON BY WHAT THEY KNOW THAN WHAT THEY HAVE

Wanita tersebut mungkin tiada segalanya, namun akal dan kebijaksanaan sudah cukup mencairkan golongan sapioseksual ini. Walau tiada rupa yang boleh dijadikan aset bagi menyerlahkan keperibadian, namun dengan adanya akal dan buah fikiran, golongan ini tidak kisah akan semua itu.

BAGAIMANA MENJADI SAPIOSEKSUAL PENGARUHI HUBUNGAN?

Foto: Freepik

Jika anda atau pasangan anda menggambarkan diri sebagai sapioseksual, anda mungkin melihat beberapa kesan berikut terhadap cara anda berhubung antara satu sama lain:

  1. Anda berdua mungkin berkomunikasi secara berbeza. Ini kerana anda lebih tertarik kepada perkara yang intelek. Jadi apabila anda dan pasangan melakukan aktiviti bersama, haruslah melakukan aktiviti yang melibatkan mental bagi memastikan keharmonian.
  2. Ini juga boleh memberi tekanan tanpa sengaja pada pasangan. Apabila anda lebih gemar pasangan yang bijak, ini mencetus stres pada mereka untuk sentiasa membaca atau menimba ilmu agar anda lebih berminat pada mereka. Sebaik-baiknya berbincang terlebih dahulu bersama-sama.

Teks: Wan Firdaus

Artikel berkaitan: JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU

By GLAM LELAKI
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut