PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3
MONTBLANC MEMPERKENALKAN THE SUMMIT 3 YANG DIPERKASAKAN DENGAN WEAR OS TERKINI DARIPADA GOOGLE.
Sejak pertama kali Montblanc memperkenalkan jam tangan pintar mereka bernama The Summit, ia menjadi pilihan pengumpul jam kerana ia masih menggabungkan esen rekaan premium. Kini, Montblanc Summit 3 diperkemaskan lagi dengan rasa lebih mewah, selari dengan DNA Montblanc.
The Summit 3 yang khusus buat kelompok Luxury Business Lifestyle diperbuat daripada titanium dan talinya pula hadir dalam pilihan kulit serta getah. Material mewah ini nyata mampu memuaskan permintaan mewah serta dipadukan dengan teknologi terkini Google, lalu memudahkan lagi aktiviti harian.
Jam tangan pintar terbaru Montblanc ini hadir dalam tiga versi yakni, Titanium Grey, Titanium Black dan Titanium Bicolor memberi seleksi lebih banyak pada klien. Sebagai meneruskan legasi, permukaan jam tangan ini mempunyai pilihan ikonik Montblanc seperti permukaan jam tangan Geosphere, Boheme dan 1858. Serta pilihan moden yang mampu memberi informasi terkini kepada si pemakai.
Menambahkan lagi gaya mewah ke karakter aktif, Montblanc Summit 3 didatangkan khas dengan tali kulit dan tali getah. Dengan sistem terkini Wear OS oleh Google, segala aplikasi boleh menambah baik kelangsungan hidup yang memilih The Summit 3. Hanya jalani aktiviti harian dengan menggunakan navigasi di pergelangan tangan.
PAUTAN BERKENAAN: THE GRAY MAN : LASAK, MANTAP LAGI MENDEBARKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.


















