Skip to content

CALVIN KLEIN DEFY KINI EAU DE PARFUM

Kongsikan artikel ini

CALVIN KLEIN FRAGRANCES KEMBALI BERSAMA CALVIN DEFY TETAPI DALAM INTERPRESTASI  EAU DE PARFUM. INTIPATI LEBIH KUAT DAN MEMPESONAKAN.

Rangkaian wangian Calvin Klein terus memacukan simbolik khas untuk wangian lelaki. Baru-baru ini, Calvin Klein Defy sekali lagi hadir dengan intipati lebih istimewa namun dalam kemasan Eau De Parfum. Wangian baharu ibarat meraikan kembara berbeza. Kempennya diteruskan oleh aktor Richard Madden menerusi momen dan detik kemuncak dalam lonjakan kepercayaan yang berani  dan bermetafora simbolik untuk penentangan peribadi dan tidak gentar mengambil risiko.

Visualnya disebalik waktu senja yang menterjemahkan intipati kuat dan segar. Dia hanya beraksi dalam persalinan celana denim ikonik Calvin Klein dan kemeja-t putih. Reaksi matanya pula bertentang kamera dengan pandangan memberontak. Landskap bandar berlatar langit biru pekat tiru warna botol wangian Calvin Klein Defy Eau de Parfum.

Pembukaan aroma diperkemaskan dengan nota kulit yang menggoda dikontras bersama aroma kesegaran. Wangian signature Eau de Toilette dikekalkan dalam siri ini, namun interprestasinya dalam sentuhan lebih hangat. Haruman dimulakan bersama semburan sitrus yang diserlahkan oleh minyak Mandarin. Untuk aroma kelakian lebih terserlah, leather accord bersama minyak Vetiver membangkitkan etos kempen. Juga mencerminkan kemodenan wangian 80.6 peratus bahan-bahan sumber semula jadi.

Artikel berkaitan REFLEKSI DIRI DISEBALIK CALVIN KLEIN DEFY

Pembungkusan premium baharu untuk Calvin Klein Defy Eau de Parfum menempatkan botol mewah dalam estetika kod reka bentuk unik. Botol lambang gabungan kuasa yang lemah namun berani. Lengkungan botol, dan dibezakan dengan sudut tajam dan kuat. Kaca berwajaran yang canggih diwarnai dalam kecerunan biru laut yang pekat mengingatkan detik senja kempen. Flakon itu dihiasi dengan topi biru matte bertekstur yang diilhamkan oleh denim Calvin Klein. Wangian baharu boleh didapati dengan harga 50ml, RM348 dan 100ml, RM452.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
7 PERKARA KECIL YANG BOLEH BUAT LELAKI NAMPAK LEBIH BERGAYA

7 PERKARA KECIL YANG BOLEH BUAT LELAKI NAMPAK LEBIH BERGAYA

Bacaan Lanjut
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026

TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut