Skip to content

Risalah Ketukangan Trophy Trunks 01

Risalah Ketukangan Trophy Trunks

Kongsikan artikel ini

Bulan September ini, naskah buku meja kopi baharu yang didedikasikan khas buat Trophy Trunks terkemuka Louis Vuitton hasil penulisan Olivier Margot.

Tatkala membentangkan naskah buku meja kopi yang memperincikan atelier Louis Vuitton, Assouline tampil menerbitkan buku berkulit keras baharu yang menggambarkan Trophy Trunks ikonik kreasi rumah fesyen Perancis ini.

Beratnya hampir lapan paun, terdiri daripada 222 muka surat dan lebih daripada 125 ilustrasi yang didedikasikan untuk ciptaan kuboid ikonik LV. Ditulis oleh Olivier Margot, yang berkhidmat sebagai ketua pengarang di L’Équipe yang terkenal di Perancis selama 25 tahun, ia merangkumi kesemua trunk terhebat yang pernah dilaksanakan oleh Louis Vuitton sejak tiga dekad yang lalu.

Foto ©Doug Pensinger, Getty Images

Bagi yang tidak tahu, Louis Vuitton telah menciptakan kes atau bekas penyimpanan custom untuk beberapa trofi yang terkemuka di dunia. Lantas, diberikan kepada pemenang menerusi pelbagai acara sukan antarabangsanya. Termasuk; Paila Pusingan Akhir NBA, Piala Amerika, Piala Dunia FIFA dan Formula 1.

Foto Louis Vuitton Malletier, Piotr Stoklosa

Dibuat buatan tangan oleh tukang artisan di atelier Asnières berhampiran Paris, setiap trunk mempamerkan ketukangan yang luar biasa. Sekali gus, menjadikan reputasi rumah fesyen ini terus mekar. Malah, kadangkala penciptaannya memerlukan lebih daripada 400 jam bagi meneliti perincian yang halus teliti. Setiap rekaannya adalah unik lalu mengambil inspirasi daripada acara sukan dan, sudah tentu, susuk konstruksi trofi mewahnya.

Foto: Louis Vuitton and Getty Images

Pautan berkaitan: JARDIN DES RÊVES DIOR

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
LIMA BEG MENARIK DARI KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

5 BEG LELAKI MENARIK DARIPADA KOLEKSI LOUIS VUITTON TAIGARAMA 2023

Bacaan Lanjut