RAIKAN CITA RASA KOPI IKONIK BERSAMA PIERRE HERMÉ DI MALAYSIA
Kerjasama kopi edisi terhad antara Nespresso dan cef pastri ikonik Perancis, Pierre Hermé dalam meraikan keindahan musim perayaan akhir tahun bersama seisi keluarga.
Kolaborasi yang menggagungkan dua nama ikonik dalam dunia kulinari antarabangsa. Nespresso bersama cef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé bekerjasama dalam melancarkan sebuah koleksi kapsul yang menandakan bermulanya musim perayaan. Rangkaian kopi eksklusif ini meraikan cita rasa dan kenikmatan tinggi bersama seisi keluarga di Malaysia.
Kerjasama kopi edisi terhad ini dibina berdasarkan latar belakang luas Pierre Hermé sebagai pakar perisa dan cef patisserie yang sangat dihormati. Dia banyak menghasilkan karya kulinari yang menambat selera sambil meningkatkan kegembiraan peminat makanan dari seluruh pelusuk dunia. Kini kenikmatan boleh dilengkapi dengan kopi Nespresso Pierre Hermé yang membawa seni haute pâtisserie dalam kehidupan seharian.
Kolaborasi istimewa ini bermula dengan Infiniment Espresso, kopi asal tunggal hitam dari Colombia yang diperoleh dari wilayah pembekalan baharu di Tolima. Kebanyakan petani menggunakan kaedah semula jadi dan mengutamakan pertanian berimpak rendah. Biji kopi Arabica mekar dengan buah merah menyala dan menampakkan biji kopi yang licin, menyerlahkan kehebatan rasa nan elegan.
Dua kopi berperisa iaitu Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise dihasilkan daripada biji kopi Arabika Amerika Selatan yang manis lembut, Infiniment Gourmand Saveur Noisette bermula dengan aroma hazelnut panggang diikuti dengan catatan rasa yang manis seperti biscotti badam dan vanila. Infiniment Fruité Saveur Framboise pula segar menonjolkan aroma bijirin dengan rasa raspberi yang memikat. Kedua-dua ini memberi pengalaman pastri berinspirasi melalui citarasa kompleks seperti pastri Pierre Hermé.
Melengkapkan koleksi perayaan kali ini adalah Kalender Advent dengan 24 jenis kopi dan hadiah kejutan untuk hari terakhir. Kalender Advent yang boleh dijadikan hadiah mengandungi tiga ciptaan bersama kopi Nespresso | Pierre Hermé yang disediakan dalam kotak indah yang direka supaya boleh digunakan semula Nomad Travel Mug dalam warna Raspberi pula melengkapi koleksi ini supaya kesenian pastri haute ini boleh dinikmati di mana-mana, pada bila-bila masa.
Nespresso mengambil inspirasi daripada dunia Pierre Hermé dan memperkenalkan beberapa resipi kopi yang memaksimumkan aroma lazat kopi edisi terhad, iaitu Espresso Macchiato Lime & Basil Facon Crème Brûlée, Roasted Hazelnut Latte Macchiato, dan Raspberry & Rose Mocktail. Resipi ini boleh didapati di https://www.nespresso.com/my/en/festive.
Foto: Nespresso Malaysia
Baca lebih lanjut: MENGAPA GEORGE CLOONEY MEMEGANG CAWAN KOPI KOSONG?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.
PERTUNJUKAN 3D INTERAKTIF SEPHORA MALAYSIA YANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR
Sephora Malaysia melancarkan kempen ‘Unwarp Their Beautiful” dengan pertunjukan 3D interatktif pertama di Kuala Lumpur.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.
3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH
Jangan lupa untuk mencuba 3 idea ringkas ini untuk mengubah detik-detik Hari Raya Aidilfitri anda menjadi kenangan terindah bersama yang tersayang.
IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI
Ikon fesyen antarabangsa, Chiara Ferragni bersama Nespresso mempekenalkan rangkaian kopi edisi terhad Ispirazione Italiana yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.
KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.