GUNA MATERIAL KAKTUS, ONITSUKA TIGER MEMPERKENALKAN MEXICO 66™ CACTFUL™
Onitsuka Tiger melancarkan sniker MEXICO 66™ CACTFUL™ terbaharu yang buat pertama kalinya menggunakan material daripada pokok kaktus.
Variasi warna persis anugerah alam semula jadi, yang sukar diungkapkan pada kulit asli. Onitsuka Tiger terus mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi. Kali ini, jenama asal Jepun ini melancarkan sniker MEXICO 66™ CACTFUL™ yang buat pertama kalinya menggunakan material daripada pokok kaktus.

Kasut sniker terbaharu, MEXICO 66™ CACTFUL™merupakan versi terkini daripada desain ikonik MEXICO 66™ yang buat pertama kalinya menggunakan lebih 20 peratus bahan daripada kaktus pada bahagian atas kasut.
Penggunaan bahan baharu dengan barisan jurutera DESSERTO® yang menggunakan gentian kaktus Mexico sebagai bahan mentah untuk bahagian atas rekaan kasut. Selain proses pengeluaran yang dapat pengurangan impak terhadap alam sekitar, ia juga memenuhi piawaian oleh teknologi pintar Onitsuka Tiger pada skala global.

Glenn Yong, Gulf Kanawut & Yamato
Dalam mengekalkan elemen reka bentuk ikonik MEXICO 66™, lima rona istimewa tersedia untuk meningkatkan lagi tekstur lembut yang menjadi salah satu ciri utama material ini, dan sukar untuk dinyatakan pada kulit asli. Antara ciri lain bahan daripada kaktus ini adalah bersifat ringan, yang digunakan sepenuhnya pada rekaan kasut, selain mengandungi bahagian bahan kitar semula pada tali kasut serta beberapa bahagian lain.
Hubungan erat antara Onitsuka Tiger dengan Mexico bermula sekitar tahun 1966 lagi. “Mexico Lines” atau kini dikenali sebagai Onitsuka Tiger Stripes, telah diperkenalkan sebagai Onitsuka Tiger pada 1966. Rangkaian kasut yang telah dipakai oleh atlet Jepun ketika Sukan Olimpik Mexico 1968 itu menjadi akar umbi kepada nama model serta rekaan era ini.

Genki Iwahashi
Seleksi sniker MEXICO 66™ CACTFUL™ boleh didapati pada harga RM610 bermula Januari 2023 di butik utama di 15 negara seluruh dunia.
Foto: Onitsuka Tiger Malaysia
Baca lebih lanjut: DUA SPACE DANCE THEATRE, SUTRA FOUNDATION & DIDANCE MEMPERSEMBAH ‘RENTAK BUMI 2.0’ DISEMBER INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 1980-an, ROTEMIT™ dengan rona-rona unik.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
OMEGA RAIKAN KOLEKSI PLANET OCEAN BAHARU DI CHONGQING, CHINA
OMEGA melancarkan koleksi Planet Ocean baharu di Chongqing dengan pameran seni, instalasi lautan dan kehadiran selebriti antarabangsa.
KETAHUI 6 BINTANG THAILAND YANG PALING MENYERLAH SEPANJANG 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan bintang-bintang Asia seperti Thailand yang semakin hari semakin popular dengan bakat mereka.











