Skip to content

KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC

Kongsikan artikel ini

Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu model XC40 Recharge Pure Electric yang dikuasakan elektrik sepenuhnya.

Elektrik adalah masa hadapan! Volvo Car Malaysia telah mengumumkan versi serba baharu bagi Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang dikuasakan elektrik sepenuhnya, juga dan siri XC40 yang lain dengan model tahun 2023.

XC40 Recharge Pure Electric merupakan EV pertama yang diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia pada bulan Mac tahun ini. Sambutan untuk kereta elektrik ini amat menggalakkan sehingga mendapat lebih daripada 400 pesanan dalam masa dua bulan, dan semua unit telah diserahkan kepada pembeli pada bulan Jun lalu. XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang disediakan melalui tempahan atas talian.

Kereta elektrik sepenuhnya ini bukan sahaja kereta elektrik yang pertama dijual sebagai CKD (Completely Knocked Down), malah ia sangat bergaya dan berkuasa. Para pelanggan boleh menikmati keselesaan pemecutan yang lancar tanpa sebarang pelepasan ekzos untuk pemanduan ke arah masa depan yang mampan dan lebih selamat.

XC40 Recharge Pure Electric model baharu tahun 2023 akan dijual pada harga RM278,888 dan didatangi dengan ciri-ciri baharu berikut:

1. Pilihan warna baharu iaitu ‘FJORD BLUE’

2. Remote Air Purifier PM2.5 pra-pembersihan

3. Reka bentuk bahagian depan dan rim yang dikemas kini

4. Tekstil dalaman Charcoal Connect Suede

5. Updated Foot Movement Detection Module (FMDM)

6. Tuil gear baharu dengan penukar gear charcoal tanpa kulit.

 

Kemas kini untuk model tahun 2023 juga disediakan untuk XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid). Kedua-dua kenderaan ini ditawarkan pada harga RM268,88. Kedua-duanya juga akan turut mendapat pengubahsuaian reka bentuk termasuk perubahan Dynamic Chassis.

Model- model XC40 didatangkan dalam enam pilihan warna iaitu Black Stone, Crystal White, Sage Green, Silver Dawn, Thunder Grey dan warna yang terbaharu Fjord Blue. Pelanggan kini boleh membuat tempahan melalui atas talian di laman web rasmi Volvo Car Malaysia.

 

Foto: Volvo Car Malaysia

Baca lebih lanjut: ALASAN CRISTIANO RONALDO MENINGGALKAN MANCHESTER UNITED

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI

Bacaan Lanjut

ELEKTRIFIKASI VOLVO XC60 YANG LEBIH PINTAR

Bacaan Lanjut

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut