TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK
INFUSI PERIBADI DINAMIS TERSEMAT PADA DUA SEPATU IKONIK TOD’S-THE GOMMINO DAN THE W.G HASIL KOLABORASI TOD’S DAN ENERGI POSITIF LABEL AMERIKA.
Siapa yang tak kenal sepatu Gommino kreasi Tod’s? Lebih dari 40 tahun berlalu, sehingga sekarang Gommino menjadi salah satu sepatu yang wajib mengisi gerobok kasut setiap pencinta kasut khasnya.

Sempena stail musim sejuk, Tod’s menghadirkan dua lagi rekaan baharu untuk lelaki dan perempuan yang memberi fokus kepada dua sepatu ikonik Tod’s yang telah diinterpretasikan semula oleh Palm Angels for Moncler Genius. Menambah satu lagi alasan buat kamu untuk berbelanja sepatu baharu. Apalagi, musim percutian telah tiba dan buat yang bakal melancong ke destinasi cuaca sejuk, koleksi ini wajar dimiliki segera.
Projek “Tod’s x 8 Moncler Palm Angels” adalah sebahagian daripada Tod’s-FACTORY, sebuah makmal kreatif tempat pereka terkenal dan baru dijemput untuk memberi pandangan segar dan kreatif mengenai DNA Tod’s. Sebagai sebahagian daripada Moncler Genius, Tod’s bekerjasama dengan Palm Angels, memilih untuk menjalinkan kolaborasi kreatif dengan Francesco Ragazzi merangkap pengarah kreatif jenama itu.
“Berpeluang mengusahakan projek ini merupakan satu penghormatan besar buat saya,”-Francesco Ragazzi, Pengarah Kreatif Palm Angels.
Kerjasama ini menyimbolkan gaya hidup dan kualiti hebat ketukangan Itali melalui nada kontemporari generasi baharu yang menyukai semangat aktif Amerika. Saluran kreatif dan identiti menyemati Palm Angels dan cintanya terhadap budaya Pop Amerika ternyata mengubah dua ikon Tod’s yang terkenal untuk Moncler Genius, pada sepatu Gommino dan W.G- wujudnya opsyen gaya yang mampu bersanding dengan pelbagai penampilan kesukaan.


Rekaan tersebut diilhamkan oleh dunia sukan Amerika dan sifat Gommino yang klasik dan ikonik, menggabungkan unsur-unsur pop dengan citarasa fesyen Itali. Melalui semangat yang sama, helaian sukan ‘mountain’ turut diolah semula untuk dipadankan bersama W.G yang berinovasi. Versi baharu Winter Gommino, yang kini dengan butiran but salji bersiluet but mendaki gunung.
Diversifikasi dan spirit muda garapan era ‘90-an di Miami menjadi latar kepada koleksi 8 Moncler Palm Angels. Imej kempen dirakam oleh jurugambar Quil Lemons dan menampilkan supermodel dan ikon fesyen, Naomi Campbell.
Semak koleksi Tod’s x 8 Moncler Palm Angels di sini.
Artikel berkaitan: SACOOR BLUE, TAWAR PAKAIAN HARIAN VERSATIL & SELESA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
5 jenama kasut ini menjadi pilihan kebanyakan peminat fesyen masa kini. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi. Paksi fesyen lelaki hari ini tidak lagi terikat pada satu kod tegar. Kotak stereotaip memisahkan kasut formal dan gaya jalanan kini runtuh sepenuhnya. Lelaki moden mula menuntut sesuatu yang lebih hibrid dan versatil. Mereka mahukan…
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.











