Skip to content

Carlos Alcaraz Calvin Klein

CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU

Kongsikan artikel ini

Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.

Aksninya di atas gelanggang memukau peminat tenis di seluruh dunia. Kini, dia beraksi di hadapan kamera selepas terpilih sebagai wajah terbaharu untuk jenama fesyen ikonik Amerika Syarikat. Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.

Carlos Alcaraz Calvin Klein

Carlos Alcaraz yang baharu berusia 19 tahun merupakan pemain tenis lelaki termuda menduduki ranking nombor satu dunia selepas memenangi trofi Grand Slam pertama tahun lalu. Pemain kelahiran Sepanyol ini memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2022.

Carlos Alcaraz ck

“Calvins or nothing” meneruskan naratif visual yang debut pada Musim Luruh 2022 bersama penyanyi, Maya Hawke serta pemain bola sepak, Romelu Lukaku. Kempen ini menampilkan bakat yang terhangat masa kini, termasuklah atlet bertaraf dunia dalam Calvin Klein Underwear.

Carlos Alcaraz Calvin Klein

Melalui kempen yang dirakamkan oleh Gray Sorrenti ini, Carlos Alcaraz menggayakan koleksi signature Modern Cotton, Cotton Stretch dan Cotton Classic Underwear, selain seluar denim Classic Straight. Ia turut menampilkan koleksi Calvin Klein 1996 Underwear terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Carlos Alcaraz ck

Seperti kempen ini, koleksi Calvin Klein 1996 Underwear akan menampilkan pilihan warna hitam dan putih, serta seleksi cetak bold. Koleksi ini juga akan memberikan sentuhan baharu pada rekaan klasik label yang dimodenkan dalam imaginasi terkini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Walau bagaimanapun, peminat tidak akan berpelung untuk menyaksikan aski pemain tenis muda ini di kejohanan Grand Slam pertama tahun ini. Carlos telah menarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Australia tahun ini kerana kecederaan. Terbuka Australia 2023 yang bakal berlangsung pada akhir bulan ini

 

Foto: Gray Sorrenti & Calvin Klein Malaysia

Baca lebih lanjut: HANYA BERUSIA 19 TAHUN, CARLOS ALCARAZ JUARA TERBUKA AMERIKA SYARIKAT 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

singlet

5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!

Bacaan Lanjut

BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut
KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

Bacaan Lanjut
wimbledon 2024

20 GAYA SELEBRITI TERBAIK DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut