Skip to content

5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.

Kongsikan artikel ini

TELAH BERMUSIM-MUSIM UNIQLO U DIHADIRKAN. DAN MUSIM INI MASIH KEKAL DIBAWAH PIMPINAN KREATIF CHRISTOPHE LEMAIR. KOLEKSI MUSIM INI MENGILHAMI TEMA ‘A SENSE OF EASE’, MEWUJUDKAN TAMPILAN SEDERHANA YANG MODEN.

Untuk koleksi Uniqlo U musim ini, Christophe LeMair menciptakan kesan mewah serta nyaman dalam setiap rekaan terkandung. Kolaborasi ini menyimbolkan energi dan terangnya musim bunga. Mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, menawarkan koleksi pakaian modular moden yang klasik berpaksikan pakaian asas yang menyamankan penampilan. 

1. MENGGUNAKAN MATERIAL YANG BERMUTU DAN SELESA

Helaian dilapisi secara lembut, material kapas dan AIRism yang menyegarkan membaluti helaian luar bersifat utilitarian, langsung mencipta koleksi pakaian asas yang versatil dan penuh gaya. Disuntik nuansa warna yang ‘playful’ dan elegan, yang mana menggabungkan warna neutral yang bersahaja dan biru juga kuning air. Bersama palet warna terang seperti hijau, jingga, kuning, ungu dan merah jambu sebagai opsyen warna yang mencerminkan identiti musim bunga dan panas. 

2. PAKAIAN ASAS YANG VERSATIL

Koleksi lengkap pakaian asas yang versatil dalam olahan moden namun bernada klasik. Kemeja berjalur seersucker dan seluar pendek kapas berpotongan lebar serba selesa bersesuaian dengan stail musim panas. 

Jaket utiliti bersaiz besar merupakan siluet baharu untuk pakaian luar. Kemeja T lengan ¾ leher kru diserlahkan lagi dengan corak berkotak-kotak. Seluar ‘parachute’ adalah utilitarian dan mudah dengan tali serut boleh laras pada bahagian hujung seluar. 

3. PELBAGAI AKSESORI BARU 

Topi BLOCKTECH dan topi bucket yang baharu hadir dalam dua saiz sesuai dengan bentuk dan fungsi. Manakala beg bahu bertali yang merupakan pilihan ramai kembali untuk musim ini. 

4. RINGKAS DAN BERGAYA

Dikenali sebagai koleksi yang menaruh perhatian besar pada konsep minimalis, koleksi tersebut turut mewujudkan penampilan sederhana, namun tetap menonjolkan sisi elegan. Konsep berikut dicerminkan cemerlang melalui potongan siluet yang tajam dan pesona gaya yang terpancar. 

5. PENINGKATAN KUALITI HIDUP

Melalui koleksi yang cemerlang ini, UNIQLO dan Christop LeMaire ingin mewujudkan seragam moden yang memiliki erti, iaitu dengan meningkatkan kualiti hidup melalui ketelitian, akses dan kualiti tinggi. 

Artikel berkaitan: VISI KREATIF MARNI UNTUK UNIQLO

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut