RIHANNA & ASAP ROCKY DIKURNIA CAHAYA MATA KEDUA
Siapa sangka dalam diam-diam Rihanna telah pun melahirkan anak keduanya bersama penyanyi rap, ASAP Rocky.
Penyanyi dan usahawan itu menyambut kelahiran putera keduanya pada 3 Ogos lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bagaimanapun berita itu hanya tular di media sosial dua hari lalu.
Namanya masih belum didedahkan namun menurut sumber, ia bermula dengan huruf ‘R’. Sama seperti Rihanna, ASAP Rocky yang nama sebenarnya adalah Rakim Athelston Mayers dan anak sulung mereka, RZA.
Februari lalu pelantun lagu Umbrella itu memberi kejutan dengan mendedahkan kehamilannya di pentas Super Bowl Halftime 2023. Ketika membuat persembahan, dia menanggalkan zip jumpsuit merah yang disarung sekali gus menampakkan perutnya yang membesar.

Foto: Getty Images
Bagaimanapun kehamilannya sudah diduga penonton kerana walaupun dilihat bertenaga, dia tidak selincah penari-penari lain di atas pentas.
Rihanna Idam Status ‘Isteri’
Tidak lama selepas mengumumkan kehamilan kedua, pemilik Fenty Beauty itu dilaporkan meluahkan keinginannya untuk bergelar isteri. Menurut sumber terdekat, Rihanna sudah pun membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya. Senarai tetamu jemputan juga telah disediakan, antaranya Adele dan Beyonce.
Bagaimanapun sehingga kini berita gembira itu belum menjadi kenyataan. Ramai peminat mengandaikan bahawa pasangan itu sebenarnya telah pun mendirikan rumah tangga secara rahsia. Terutama selepas ASAP Rocky menggelar Rihanna sebagai ‘isteri’ ketika membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton Jun lalu.

Foto: Getty Images
“Saya mahu menujukan lagu ini buat isteri saya yang jelita, yang berada dalam bangunan ini,” jeritnya sambil menuding jari ke arah Rihanna. Bagaimanapun sehingga kini spekulasi perkahwinan itu masih belum disahkan kebenarannya kerana mereka memilih untuk mengunci mulut.
Pasangan ini berkenalan pada 2013 namun hanya menjalin hubungan romantis tujuh tahun kemudian, tidak lama selepas Rihanna berpisah dengan Hassan Jameel. Anak sulung mereka RZA, yang dinamakan sempena nama vokalis kumpulan Wu-Tang Clan, dilahirkan pada Mei 2022.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: CHRIS BROWN TITIP UCAPAN TAHNIAH ATAS KEHAMILAN RIHANNA DENGAN CARA HALUS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.











