5 TIP PENJAGAAN KULIT PENTING LELAKI MESTI IKUTI
Anda rasa lelaki tidak peduli tentang penjagaan kulit? Fikir sekali lagi.
Pasaran untuk penjagaan kulit lelaki semakin berkembang tahun demi tahun. Dalam satu tinjauan pada 2017, industri ini menyaksikan peningkatan 1.1 peratus daripada tahun sebelumnya. Hampir dua pertiga lelaki (64 peratus) mendakwa mereka menggunakan produk penjagaan wajah.
Malah satu tinjauan lain mendapati lelaki berbelanja hampir sama banyak dengan wanita untuk membeli produk kecantikan. Namun adakah kulit lelaki berbeza daripada wanita? Jawapannya adalah ya.
Lelaki mempunyai masalah kulit tersendiri, terutama berkaitan dengan kelenjar minyak dan bulu pada wajah. Pengeluaran minyak berlebihan pada kulit boleh meningkatkan jerawat batu dan ruam (seborrheic dermatitis), tetapi ini mengurangkan risiko mereka untuk mendapat masalah kulit kering.
Berikut adalah tip yang anda perlu ambil tahu dalam rutin penjagaan kulit
1. Kandungan Produk

Foto: Freepik
Apabila mencari produk penjagaan kulit, konsep yang perlu ditekankan adalah less is more. Pilih produk yang tidak banyak kandungan serta mengandungi bahan yang anda kenali dan mudah dibaca. Elakkan bahan tambahan yang boleh merengsa kulit.
Menurut satu kajian, kebanyakan lelaki mempunyai pendekatan holistik yang sama terhadap produk. Keinginan mereka untuk tampilkan wajah maskulin (dan bukannya bercahaya seperti wanita) membuatkan mereka memilih kandungan yang lebih semula jadi atau botani seperti aloe vera dalam produk kulit.
2. Bebas Pewangi
Mencari produk yang tidak mengandungi pewangi adalah keutamaan buat lelaki. Menurut American Academy of Dermatology, produk yang ditambah wangian mempunyai toksin yang boleh menyebabkan kulit rengsa atau kering.
Berhati-hati juga dengan produk yang dilabel ‘unscented’. Ia mungkin mempunyai wangian tersembunyi yang boleh menimbulkan masalah pada kulit.
3. Cuci Wajah Selepas Bersenam

Foto: Freepik
Satu kajian yang diterbitkan pada Disember 2014 mendapati peralatan gim mengandungi lebih banyak kuman berbanding tempat duduk mangkuk tandas awam. Ini membuatkan anda terdedah kepada jangkitan staphylococcus aureus.
Jadi pastikan anda mencuci wajah dan membersihkan diri setiap kali selepas bersenam untuk mengelakkan bakteria melekat pada wajah dan memasuki liang pori.
4. Cuba Pupur Wajah
Terdapat pelbagai jenis pupur dijual di pasaran untuk setiap jenis kulit, termasuk untuk lelaki. Pupur tanah liat misalnya berkesan merawat kulit berminyak dan berjerawat kerana fungsinya adalah untuk membunuh bakteria dan kulat. Tanah liat juga boleh menyerap lebihan minyak atau sebum.
Tip sebelum membeli produk: Baca kandungan dengan baik terutama jika anda memiliki kulit sensitif. Anda juga boleh mencubanya di bahagian telinga atau lengan sebelum menyapunya di wajah.
5. Banyakkan Minum Air

Foto: Freepik
Pengambilan air yang banyak sangat penting untuk kulit. Dehidrasi boleh memberi efek pada seluruh badan. Masalah yang berlaku dalam tubuh boleh dilihat melalui perubahan kulit. Jadi pastikan anda kekal terhidrat dari dalam terutama ketika cuaca panas.
Pautan berkaitan: TREND DERMAROLLER UNTUK LELAKI LEBATKAN JAMBANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.











