Skip to content

new balance Malaysia

NEW BALANCE MELANCARKAN STOR KONSEP ‘AESTHETIC’ BAHARU DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang segar, New Balance memperkenalkan konsep baharu pada stor mereka di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid.

Berita baik buat peminat New Balance di Malaysia! New Balance memperkenalkan wajah baharu pada stor mereka yang terletak di Sunway Pyramid. Dengan pembukaan semula stor ini, New Balance melancarkan konsep baharu yang lebih ‘aesthetic’ untuk memberikan pengalaman beli-belah yang terkini dan tersendiri.

new balance Malaysia

Stor berkonsep baharu ini bukan hanya destinasi untuk mendapatkan kasut sniker kegemaran anda. Kali ini, New Balance Malaysia mahu memberikan perhatian kepada setiap pengunjung yang masuk ke stor mereka. Dan bukan hanya produk yang menjadi tarikan utama yang cuba diterjemahkan dalam konsep baharu ini.

Apabila melangkah ke stor di Sunway Pyramid ini, pengunjung akan melihat seni dekorasi yang serba baharu. Ianya lebih cerah dan terbuka. Desain stor kali ini menumpukan pada tempat duduk di bahagian tengah kedai. Oleh itu, New Balance berharap pengunjung dalam menceduk inspirasi antara satu sama lain. Lantas menjumpai stail yang lebih autentik.new balance

new balance

 

Penceritaan Visual New Balance di Sunway Pyramid

Bagaikan sebuah penceritaan visual, pengunjung akan mendapati seleksi produk yang terkini dan cerita di sebalik setiap rekaan. Mengetengahkan warisan dan cerita dari setiap rekaan, jenama asal Amerika Syarikat ini terus menggabungkan antara unsur sukan dan budaya. Dan kasut sniker New Balance kini juga menjadi sebahagian daripada budaya pop dan sneaker culture di seluruh dunia.

Sama ada koleksi sukan mahupun himpunan gaya hidup dan streetwear, pengunjung dapat melihat susun atur yang terbahagi kepada beberapa bahagian. Ini akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan produk mereka dengan mudah. Konsep terbaharu ini juga mementingkan inclusivity, tanpa membeza koleksi lelaki dan wanita mahupun kanak-kanak. Ini kerana kebanyakkan koleksi mereka kini bersifat uniseks dan boleh digayakan oleh semua.

new balance sunway pyramid

Apa yang menarik mengenai stor ini adalah ia mempunyai sebuah mesin untuk memberikan ukuran kaki sebenar. Boleh divuba secara percuma, pengunjung boleh mencuba mesin ini untuk mendapatkan ukaran sebenar kaki anda, termasuklah bentuk dan juga ukuran lain yang penting untuk mendapatkan kasut yang sempurna. Dengan data-data yang diberikan, New Balance dapat memberikan desain dan saiz kasut yang sempurna untuk semua.

Stor New Balance yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Atau peminat boleh membeli sneaker terbaharu dan produk terkini di laman web rasmi mereka di sini.

 

Baca lebih lanjut: 5 SNIKER YANG PALING MAHAL DI DUNIA

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut
OUTFIT LELAKI

OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut

5 TIP BERGAYA DENGAN KASUT KULIT LELAKI

Bacaan Lanjut