PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Bagaikan trend, tahun 2023 menyaksikan banyak perkahwinan bintang Hollywood dilanda badai sehingga melalui perceraian perit.
Bulan lalu industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian Britney Spears dan Sam Asghari. Salah satu pasangan popular di Hollywood itu hanya sempat menjalani pahit manis perkahwinan selama setahun.
Dua bulan sebelum itu Natalie Portman menfailkan perceraian terhadap suaminya, Benjamin Millepied selepas 11 tahun kerana berlaku curang.
Joe Manganiello dan Sofia Vergara juga membuat keputusan membawa haluan masing-masing pada bulan sama. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tujuh tahun.
Semestinya tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti bercerai-berai walaupun sudah berdekad-dekad hidup bersama.
GL senaraikan lima perkahwinan pasangan selebriti Hollywood yang musnah selepas dua dekad.
Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness
Pasangan asal Australia ini mengumumkan perceraian mereka minggu lalu, lima bulan selepas sambutan ulang tahun perkahwinan ke-27. Dalam kenyataan bersama, Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness berkata hala tuju kehidupan mereka telah berubah.
Disebabkan itu mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing demi mencapai matlamat peribadi. Pasangan itu memiliki dua anak angkat, Oscar Maximilian, 23 dan Ava Eliot, 18.
Billy Ray Cyrus dan Tish Finley Cyrus-Purcell
Ibu bapa kepada ‘pop chameleon’, Miley Cyrus menfailkan perceraian selepas 28 tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri dari 1993 hingga 2022. Pasangan itu pernah berhasrat untuk bercerai pada 2010 dan 2013, bagaimanapun jodoh mereka masih panjang.
Hampir tiga dekad bersama, mereka dikurniakan lima cahaya mata. Lebih setahun bercerai, Tish Finley mengahwini aktor Prison Break, Dominic Purcell pada bulan lalu. Pemuzik itu pula mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Australia, Firerose sejak Ogos 2022.
Anthony Anderson dan Alvina Stewart
Pada 2015, Alvina Stewart menfailkan perceraian terhadap Anthony Anderson namun mereka kembali bersama pada 2017. Bagaimanapun jodoh mereka tidak bertahan lama.
Isteri kepada aktor Black-ish itu sekali lagi menfailkan perceraian pada Mac 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1999, lebih 23 tahun lalu.
Chris Rock dan Malaak Compton-Rock
Pasangan pelawak dan aktivis sosial ini menjalani kehidupan berumah tangga dari 1996 hingga 2016. Sepanjang 20 tahun perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan.
Malaak Compton-Rock menfailkan perceraian pada Disember 2014 dan mereka sah bercerai dua tahun kemudian. Dalam satu temu bual, Chris Rock berkata, “Perceraian bukanlah kegagalan, tetapi ia menyebabkan sesuatu dalam hidup anda berkecai.”
Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1986 sebelum Maria Shriver menfailkan perceraian pada 2011. Selepas 35 tahun hidup bersama, mereka sah bercerai pada 2021.
Maria mengambil keputusan bercerai selepas terbongkarnya kecurangan Arnold dengan pembantu rumah sehingga melahirkan seorang anak, Joseph. Pada 2014, aktor Terminator itu mengaku kecewa dengan kesilapannya yang menyebabkan keluarganya terluka dan berpecah-belah.
Foto: Instagram/Getty Images
Pautan berkaitan: PERCERAIAN ARTIS MALAYSIA YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISTERI HAMIL 6 BULAN, JUSTIN BIEBER BAKAL JADI BAPA
Selepas hampir enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Justin dan Hailey Bieber bakal memegang status baru tidak lama lagi.
SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA
Shila Amzah selamat melahirkan anak keduanya menerusi kaedah pembedahan pada hari Khamis, 9 Mei 2024.
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH
Pasangan popular tanah air ini bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka tidak lama lagi.
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN
Pasangan popular Hollywood ini bertemu sewaktu sama-sama membintangi filem trilogi Spider-Man pada 2016.
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN
Syawal 2024 amat bermakna buat pasangan selebriti ini apabila menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka.
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG
Aktor The Ministry of Ungentlemanly Welfare, Henry Cavill bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan: Alam keibubapaan.