CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
Calvin Klein menganjurkan acara eksklusif di Tokyo, Jepun yang menampilkan kehadiran tetamu istimewa, Jung Kook. Acara ini diadakan untuk merayakan koleksi Calvin Klein Jeans untuk musim luruh 2023. Koleksi Fall 2023 mengukuhkan kod rekaan yang minimal, moden, dan sensual. Melalui koleksi pakaian dalam, jeans, dan pakaian sedia-pakai, musim ini mempersembahkan potongan-potongan yang ditingkatkan yang wajib ada dalam setiap almari pakaian dan fesyen.
Siluet klasik diperbaharui dengan fabrik baharu, segar, dan disempurnakan dengan perhiasan dan cermin mata terkini Calvin Klein. Hasilnya adalah ungkapan gaya tanpa usaha yang berkaitan dengan cara kita menjalani gaya hidup kita hari ini.
KOLEKSI CALVIN KLEIN FALL 2023
Kolaborasi Jung Kook menetapkan keberanian untuk kempen Calvin Klein pada musim Fall 2023. Gambar hitam putih yang dirakam oleh Inez & Vinoodh mendedahkan personaliti sensasi Korea Selatan itu yang penuh keyakinan dan lebih besar dari kehidupan. Malahan, ia turut sama mencerminkan keyakinan lelaki dalam bermain dengan fesyen masa kini.

Tema utama musim ini yang merujuk kembali ke era fesyen tahun 90-an. Bintang kumpulan BTS itu memperagakan pakaian seperti 90s Loose and Straight jeans dan 90s trucker jacket. Pakaian-pakaian ini menyatu dengan sempurna dengan gaya klasik abadi. Antaranya kemeja Classic tank dan kaus slim-fit contour rib, menggambarkan gaya yang berpengaruh dalam era tersebut. Pendedahan ini menyuntikkan lagi sensualiti dan menjadikan reka bentuk minimalis yang menjadi trademark ikonik jenama ini.
JUNG KOOK DAN CALVIN KLEIN
Berikut adalah penampilan Jong Kook ketika menghadiri malam acara eksklusif di Tokyo, Jepun.

Jung Kook, duta jenama dan ikon muzik antarabangsa menghadiri acara tersebut dengan memakai gaya denim bersama kemeja denim linear yang santai dan seluar Straight era 90-an.
Tetamu selebriti dan duta seperti Bright Vachirawit, Meerqeen, Shownu dari Monsta X, Rowoon, Amber Liu, Disha Patani, dan Tseng Jing Hua antara turut hadir. Mereka berpesta dengan set muzik daripada DJ LicaXXX, Romy Mats & Shiroyi Bradshaw, Kush Jones dan Midland. Turut hadir adalah pelakon dan penyanyi Singapura, Glenn Yong yang kerap bekerjasama dengan jenama ini.
BRIGHT VACHIRAWIT

DISHA PATANI

MEERQEEN

Artikel Berkaitan: KEBERANIAN DALAM BERSUARA CALVIN KLEIN DALAM KEMPEN ‘I SPEAK MY TRUTH’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
KLEPET BAWAKAN BARISAN PELAKON LELAKI HEBAT DALAM SATU FILEM
Filem Klepet bakal ditayangkan di Malaysia tahun ini dengan kemunculan pelakon lelaki hebat seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.











