G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu bintang Parasite, Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
Bagaimanapun berbeza dengan Lee Sun Kyun yang diletakkan dalam tahanan polis, tiada penahanan dibuat terhadap ketua kumpulan BigBang itu. G-Dragon dilaporkan dipanggil ke Balai Polis Incheon untuk siasatan selepas beberapa bukti terarah kepadanya. Bagaimanapun dia dilepaskan tidak lama kemudian.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, mereka tidak akan mendedahkan butiran khusus kepada media memandangkan siasatan masih dijalankan. Dalam masa sama mereka enggan mengulas sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes dadah Lee Sun Kyun.
Selain dua aktor ini, pihak polis dilaporkan sedang cuba mengenal pasti enam suspek lain termasuk seorang pekerja seni hiburan, komposer dan penyanyi.
Agensi pengurusan Big Bang, YG Entertainment juga enggan memberi respons kerana penyanyi itu bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka.
“Sukar untuk memberi maklum balas secara rasmi kerana dia bukan lagi artis naungan kami. Kontraknya tamat pada 6 Jun lalu.”
Bukan Pengalaman Pertama G-Dragon
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong pernah berdepan tuduhan sama pada 2011. Dia ditangkap ketika sedang menghisap ganja di luar sebuah kelab malam di Jepun.
Bagaimanapun katanya ia berlaku secara tidak sengaja kerana rokok yang dihisapnya adalah pemberian peminat dan dia tidak tahu ia mengandungi ganja.
Bercakap kepada hos rancangan SBS Healing Camp setahun kemudian, penyanyi berusia 35 tahun itu berkata dia memberi kerjasama ketika diminta melakukan ujian air kencing dan rambut kerana yakin dirinya tidak bersalah.
“Bagaimanapun hasil ujian yang diperolehi positif. Saya amat malu. Saya rasa tidak adil kerana saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.” Disebabkan kurangnya bukti atas tuduhan itu, kes tersebut akhirnya digugurkan.
Pautan berkaitan: ISU KETAGIHAN DADAH: BILIK JUSTIN BIEBER DISELINAP MASUK PENGAWAL PERIBADI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK
'Raja K-Pop' ini sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat.
BINTANG KOREA, LEE MIN KI TAWAN PUNCAK GUNUNG KINABALU
Aktor, penyanyi dan model popular Korea, Lee Min Ki memberi kejutan apabila berkongsi fotonya di puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
10 FAKTA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG AKTOR KOREA-AMERIKA, CHARLES MELTON
Kenali Charles Melton yang mencuri perhatian peminat menerusi persembahan luar biasanya dalam filem May December.
JI CHANG-WOOK MELANCARKAN PEMBUKAAN BUTIK RADO DI KUALA LUMPUR
Bintang Korea Selatan, Ji Chang-wook yang juga merupakan duta Rado terbang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan butik terbaharu di Pavilion KL.
LEE SEUNG GI BAKAL BERGELAR BAPA
Pasangan popular Korea, Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
KENALI LEE JUNG HA, AKTOR SIRI MOVING YANG SEMAKIN DIMINATI
Lee Jung Ha dipuji penonton kerana sanggup menjalani transformasi fizikal ketara demi menjayakan watak Kim Bong Seok.